Ajaran ahlu sunnah


                    

                                       KATA –KATA HIKMAT

                            

                                 Cinta dan Kebencian tidak bersatu

  1. Allah swt berfirman “ Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya” (al-Ahzab33:4)

         Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib as berkata: Tidak akan berhimpun cinta kami (hubbu-na) dan cinta musuh kami(hubbu ‘aduwwi-na) di dalam rongga seseorang. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya”

             Justeru itu cinta dan kebencian tidak akan bertemu. Adapun pencinta kami (muhibbu-na), maka cintanya bersih sepertilah emas yang dibersihkan dengan api, tanpa sebarang kekotoran padanya. Lantaran itu sesiapa yang ingin mengetahui cinta kami, maka hendaklah dia memeriksa hatinya. Jika cintanya kepada kami dikongsi bersama oleh cintanya kepada musuh kami, maka dia bukanlah dari kami, dan kami bukanlah daripadanya. Allah adalah musuh mereka, Jibrail , Mika’il dan Allah adalah musuh bagi mereka yang ingkar”

( Bihar al-Anwar, 27, hlm. 51, hadis no.1)

                                        Definisi Nasibi

  1. Daripada Abi Abdillah as berkata: Nasibi bukanlah orang yang menentang kami Ahlu l- Bait, kerana anda tidak dapati seorang lelaki yang berkata:Aku membenci Muhammad dan keluarga Muhammad (ali Muhammad), tetapi nasibi adalah orang yang menentang kalian di dalam keadaan dia mengetahui sesungguhnya kalian mewalikan kami (tatawallu-na) dan sesungguhnya kalian adalah daripada Syi‘ah kami”

(Bihar al-Anwar 27, hlm.232-233, hadis no.42)

                           Melaknati Nasibi mendapat pahala

  1. Imam Ja‘far al-Sadiq as di dalam satu riwayat…seorang lelaki berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah! Sesungguhnya badanku lemah untuk membantu kalian. Aku tidak memiliki sesuatu selain dari membersihkan diriku dari musuh-musuh kalian dan melaknati mereka, maka bagaimana keadaanku?

Imam Ja‘far al-Sadiq as berkata: Bapaku telah meriwayatkan kepadaku (haddathani) daripada bapanya daripada datuknya daripada Rasulullah saw bahawa beliau bersabda: Siapa yang tidak mampu membantu kami Ahlu l-Bait, tetapi dia melaknati musuh-musuh kami, maka Allah menyampaikan suaranya kepada seluruh para Malaikat dari bintang ke ‘Arasy.

             Setiap kali lelaki ini melaknati musuh-musuh kami dengan satu laknat, mereka akan menolongnya, dan melaknati orang yang dilaknati lelaki itu serta memujinya pula. Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Berkatilah ke atas hamba Enkau ini yang telah melakukan sesuatu kadar kemampuannya. Sekiranya dia mampu, nescaya dia akan melakukan lebih daripada itu. Sesungguhnya suara daripada pihak Allah Swt menjawab: Sesungguhnya aku telah menyahuti doa kalian dan aku telah mendengar seruan kalian. Aku telah memberkati rohnya di kalangan arwah. Dan aku menjadikannya di sisiku di kalangan mereka yang terpilih.”

(Bihar al-Anwar,27, hlm.222-223, hadis no.11)

                                           Ibadah Nasibi

  1. Imam Ja‘far al-Sadiq as berkata: Barangsiapa yang menentang kalian, sekalipun dia kuat beribadat, maka dia tidak dapat terlepas daripada ayat “ Muka-muka pada hari itu tunduk terhina, bekerja keras lagi kepayahan (‘aamilatun nasibah), memasuki api neraka yang amat panas” (al-Ghasyiah (88 ): 2-4)

(Bihar al-Anwar, 8, hlm. 356)

                                               LAMPIRAN B

                              SALASILAH UMAR BIN Al-KHATTAB

           Nama penuhnya adalah Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdu l ‘Uzza bin Abdullah bin Abdullah bin al-Qart bin Zarah bin ‘Adiy bin Ka’b al-Qurasyiy.

Nama ibunya adalah Hantamah binti Hisyam bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin al-Makhzum.

           “Sebahagian para sahabat kami telah menceritakan daripada Muhammad bin Syahrasyub dan lain-lainnya bahawa sesungguhnya Sahhak adalah seorang hamba perempuan Habsyiyyah kepada Abdu l-Muttalib. Dia adalah penternak untanya.Pada suatu hari Nufail telah melakukan hubungan seks (berzina) dengan Sahhak. Kemudian melahirkan al-Khattab. Apabila al-Khattab mencapai usia baligh, dia telah jatuh cinta kepada Sahhak (ibu kandungnya). Lalu dia mengadakan hubungan seks dengan Sahhak. Akibatnya, dia telah melahirkan seorang anak perempuan.Lantaran itu, dia telah membalutnya di dalam kain buruk dengan sekuat-kuatnya, dan membuangkannya di jalan, kerana takutkan tuannya. Kemudian Hisyam bin al-Mughirah melihat bungkusan tersebut, lalu mengambilnya, memeliharanya dan menamakanya Hantamah.

         Manakala Hantamah telah mencapai usia baligh, al-Khattab telah melihatnya, lalu dia jatuh cinta kepadanaya. Kemudian dia meminangnya daripada Hisyam, lalu berkahwin dengannya.Kemudian dia (Hantamah) telah melahirkan Umar bin al-Khattab.Justeru itu.al-Khattab adalah bapa (aban), datuk (jaddan), dan bapa saudara sebelah ibu (khaalan) kepada Umar. Begitu juga dengan Hantamah merupakan ibunya (Umman), saudara perempuannya (ukhtan), dan ibu saudara sebelah bapanya ( ‘ammatan)” (al-Allamah al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jilid 31, hal. 99, Beirut, Lubnan,1995)

         Diriwayatkan daripada Imam Ja‘far al-Sadiq as, beliau berkata:Sahhak adalah hamba perempuan kepada Abdu l-Muttalib. Dia adalah seorang yang cantik, penternak unta kepada Abdul Muttalib, berasal dari Habsyah. Dia telah cenderung untuk berkahwin. Maka Nufail melihatnya di tempat ternakan unta, telah jatuh cinta kepadanya, lalu melakukan hubungan seks (zina) dengannya. Kemudian dia melahirkan al-Khattab. Apabila al-Khattab mencapai usia baligh, dia melihat kepada ibunya Sahhak, lalu dia terposona dengan kecantikannya, kemudian melakukan hubungan seks dengannya. Akhirnya dia telah melahirkan Hantamah, ibu Umar.

        Apabila Sahhak melahirkanya, dia membalutnya di dalam kain bulu dan membuangnya di jalan Makkah. Kemudian Hisyam bin al-Mughirah mengambilnya dan membawanya ke rumah. Maka dia telah memeliharanya, dan menamakannya Hantamah.

       Adalah menjadi kebiasaan Arab apabila mengambil anak yatim, mereka memeliharanya sebagai anak sendiri. Apabila Hantamah mencapai usia baligh, al-Khattab melihatnya, lalu jatuh cinta kepadanya. Dan dia meminangnya dari Hisyam. Kemudian mereka berdua berkahwin dan melahirkan Umar. Lantaran itu, al-Khattab merupakan bapanya (aba-hu), datuknya (jaddu-hu), dan bapa saudara sebelah ibunya (khalu-hu). Sementara Hantamah pula merupakan ibunya (ummu-hu), saudara perempuannya (ukhtu-hu), dan ibu saudaranya sebelah bapa (‘ammatu-hu). Justeru itu sebuah syair yang mempunyai makna yang sama telah dikaitkan dengan Imam Ja‘far al-Sadiq sebagai berkata:

 

Dia di mana datuknya (jaddu-hu) merupakan bapa saudara sebelah ibunya (khaalu-hu), dan bapanya sendiri (walidu-hu),

Ibunya merupakan saudara perempuannya (ukhtu-hu), dan ibu saudara sebelah bapanya (‘ammatu-hu),

Lebih layak menentang wasi (Imam Ali),

Mengingkari baiahnya di Hari al-Ghadir (Ibid, hal.100)

                                               LAMPIRAN C

SURAT KHALIFAH UMAR KEPADA MU‘AWIYAH

Pengenalan

       Surat khalifah Umar kepada Mu‘awiyah di Syam telah terbongkar selepas pembunuhan al-Husain bin Ali a.s di Karbala’. Pembunuhan al-Husain bin Ali a.s pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah, bukan sahaja menyedihkan keluarga Rasulullah s.a.w, malah seluruh umat Islam yang Mukminin (Ibn al-Athir , al-Kamil fi al-Tarikh , Cairo 1976, iii, hlm. 19 ).

       Perlantikan Mu‘awiyah sebagai gabenor di Syam telah berlaku selepas kematian abangnya Yazid bin Abu Sufyan di dalam pemerintahan Khalifah Abu Bakr di atas cadangan Umar bin al-Khattab. Malah Khalifah Abu Bakr terpaksa akur kepada cadangannya. Tetapi surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah di dalam kajian sekarang adalah surat yang ditulis oleh beliau sendiri semasa pemerintahannya kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan sebagai gabenornya di Syam.

           Pada mulanya Abdullah bin Umar bin al-Khattab telah menyeru orang ramai supaya menentang Yazid bin Mu‘awiyah di atas tindakannya membunuh al-Husain bin Ali di Karbala’. Tetapi sikapnya telah berubah selepas beliau dipanggil oleh Yazid bin Mu‘awiyah ke Istananya di Syam dan membaca surat bapanya yang ditulis kepada bapa Yazid; Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah adalah terjemahan dari buku Bihar al-Anwar, Beirut, 1995, oleh al- ‘Allamah al-Majlisi r.h.xxx, hlm. 287-299 ).

                                Sanad Surat Khalifah Umar

                    Abu l-Husain Muhammad bin Harun bin Musa al-Tala‘kabari telah memberitahu kami, beliau berkata: Bapaku r.a telah memberitahuku, beliau berkata: Abu Ali Muhammad bin Hammam berkata: Ja‘far Ibn Muhammad bin Malik al-Fazari al-Kufi telah memberitahuku, beliau berkata: Abdu r Rahman bin Sinan al-Sairafi telah memberitahuku daripada Ja‘far bin Ali al-Hiwar daripada al-Hasan bin al-Miskan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar al-Ja‘fi daripada Jabir al-Ja‘fi, daripada Sa‘id bin al-Musayyab, beliau berkata:

Teks Terjemahan Peristiwa Karbala’, Dan Sikap Abullah  Bin Umar

             “Manakala al-Husain bin Ali a.s dibunuh, dan berita kematiannya tersibar di Madinah; tersibar berita pemotongan kepalanya dan dibawanya kepada Yazid bin Mu‘awiyah, pembunuhan lapan belas orang daripada keluarganya, pembunuhan lima puluh tiga lelaki daripada Syi‘ahnya, pembunuhan Ali, anak lelakinya yang masih kecil di hadapan beliau dan keluarganya dijadikan tawanan, lalu diadakan majlis pengkebumian (Ma’tam) di sisi isteri Nabi s.a.w di rumah Umm Salmah r.a, di rumah-rumah Muhajirin dan Ansar.

             Beliau berkata: Abdullah bin Umar bin al-Khattab keluar dari rumahnya di dalam keadaan melaung-laungkan kepada orang ramai, menampar-nampar mukanya, mengonyak-ngoyak poket bajunya dan berkata: Wahai kumpulan Bani Hasyim, Quraisy, Muhajirin dan Ansar! Adakah dihalalkan oleh Rasulullah (s.a.w) pada keluarganya dan zuriatnya sedangkan kamu masih hidup diberi rezeki?

             Tidak ada keputusan tanpa Yazid. Beliau telah keluar dari Madinah di malam harinya melaung kepada orang ramai dan menggalakkan mereka menentang Yazid. Khabarnya beliau juga telah menulis kepada Yazid. Apabila melalui di hadapan orang ramai, beliau melaknati Yazid. Mereka berkata: Ini adalah Abdullah bin Umar, Ibn khalifah Rasulullah (s.a.w) di mana beliau mengingkari perbuatan Yazid terhadap keluarga Rasulullah s.a.w,dan menggalakkan orang ramai menentang Yazid, dan sesungguhnya mereka yang tidak menyahuti seruan ini tidak ada baginya agama dan Islam”.

             Penduduk Syam telah menjadi gelisah. Yazid telah mendatangi Bab al-La‘in bersama-sama orang ramai, mereka membacakannya.Kemudian Yazid telah keluar kepadanya, lalu memberitahu kepadanya tentang kasih-sayangnya kepada Abdullah bin Umar. Beliau berkata: Ledakan kemarahan Abi Muhammad, sedikit masa lagi, akan meredakannya.Lalu beliau telah mengizinkanya datang seorang diri. Lantas beliau telah memasukinya di dalam keadaan melaung seraya berkata: Aku tidak akan masuk wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya anda telah melakukan (kekejaman) terhadap Ahlu l-Bait Muhammad s.a.w, sekiranya Turkey dan Rome mampu untuk melakukannya, nescaya mereka tidak akan menghalalkan apa yang anda telah menghalalkannya. Mereka tidak akan melakukan apa yang anda telah melakukannya.

             Berdirilah anda dari permaidani ini sehingga Muslimun memilih orang yang lebih berhak.Yazid telah mengalu-ngalukannya dan memeluknya ke sisinya seraya berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad! Bawa bertenang dari ledakan kemarahan anda, dan berfikirlah.Lihatlah dengan mata anda dan dengarlah dengan telinga anda.

             Apa pendapat anda tentang bapa anda Umar bin al-Khattab.Adakah beliau penunjuk (hadian) khalifah Rasulullah (s.a.w), pembantunya, dan mertuanya melalui saudara perempuan anda Hafsah, dan beliau telah berkata: Beliau tidak menyembah Allah secara rahsia? Abdullah berkata: Beliau adalah sebagaimana anda telah perkatakannya. Apa pendapat anda mengenainya? Yazid berkata: Bapa anda telah melantik bapaku menjadi gabenor Syam atau bapaku telah melantik bapa anda menjadi khalifah Rasulullah (s.a.w)? Abdullah berkata: Bapaku telah melantik bapa anda gabenor Syam.

             Yazid berkata: Wahai Abu Muhammad! Adakah anda meredhainya dan meredhai janjinya kepada bapaku atau anda tidak meridhainya? Abdullah berkata: Malah aku meredhainya. Yazid berkata: Adakah anda meredhai bapa anda? Abdullah berkata: Ya, maka Yazid telah memegang tangan Abdullah bin Umar dan berkata kepadanya: Berdirilah-Wahai Abu Muhammad- sehingga anda membacanya, lalu beliau telah berdiri bersamanya dan memasuki bilik khazanahnya, lalu beliau meminta satu peti.

             Kemudian beliau membukanya dan mengeluarkan darinya satu peti besi yang dikunci dan dicopkan. Lantas beliau mengeluarkan darinya scroll yang lembut diperbuat dari sutera. Beliau telah mengambil scroll dengan tangannya dan membukakannya. Kemudian beliau berkata: Wahai Abu Muhammad! Adakah ini tulisan bapa anda? Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan.Maka beliau telah mengambilnya dengan tangannya dan mengucupnya. Beliau berkata kepadanya: bacalah.Maka Abdullah bin Umar telah membacanya, maka ini adalah kandungan suratnya:

             Teks Terjemahan Surat Khalifah Umar Kepada Mu‘awiyah

      

             “ Bismi l-Lahi r-Rahmani r-Rahim. Sesungguhnya beliaulah (nabi saw) yang telah memaksa kami dengan pedang (nya) supaya melakukan ikrar terhadapnya, maka kamipun melakukan ikrar tersebut. Sedangkan dada (kami) berdebar, jiwa (kami) bergelora.Niat dan bisikan hati (kami) meragui dakwahnya kepada kami (al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111; Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14 ), tetapi kami telah mentaatinya mengenainya, kerana mengilakkan pedangnya ke atas kami (Ata‘naa-hu raf‘an li-suyufi-hi ‘alai-na). Apatah lagi semakin bertambahnya bilangan kabilah dari Yaman yang akan menentang kami. Dan sokongan daripada mereka yang telah meninggalkan agama mereka di kalangan Quraisy. Maka aku bersumpah dengan Hubal, semua berhala, al-Laata dan al-‘Uzza bahawa Umar tidak pernah mengingkarinya semenjak beliau menyembahnya! (Fa-bi-Hubalin uqsimu wa l-Asnaam,wa l-Authaan wa l-Laata wa l-‘Uzza ma jahada-ha …. muz ‘abada-ha) , tidak pernah menyembah Ka‘bah sebagai Tuhan, tidak pernah membenarkan perkataan Muhammad dan keluarganya (wa la ‘abada li l-Ka‘bah rabban wa la Saddaqa li-Muhammadin wa Ali-hi qaulan). Aku tidak memberi salam kepadanya melainkan untuk mengilakkan diri dari kebengisannya. Sesungguhnya beliau (Muhammad s.a.w) telah mengkemukakan kepada kami sihir yang besar. Sihirnya telah melebihi sihir Bani Israil bersama Musa dan Harun, Daud dan Sulaiman dan anak lelaki ibunya Isa.

             Sesungguhnya beliau telah mengkemukakan kepada kami segala sihir yang telah dikemukakan kepada Bani Israil, bahkan melebihi sihir-sihir mereka. Sekiranya mereka menyaksikannya, nescaya mereka mengakuinya bahawa beliau adalah ketua tukang-tukang sihir (la-Aqarru la-hu bi-anna-hu sayyidu al-Saharah), maka berpeganglah-Wahai Ibn Abi Sufyan-kepada sunnah kaum anda dan pengikut agama anda serta setia kepada mereka yang terdahulu yang menentang binaan ini (Ka‘bah) di mana mereka berkata bahawa ia mempunyai Tuhan yang memerintahkan mereka supaya melakukan Sa‘yu di sekelilingnya dan Dia menjadikannya Kiblat untuk mereka. Justeru itu, mereka mengperakui solat dan Haji di mana mereka telah menjadikannya sebagai rukun. Mereka telah menyangka bahawa mereka dijadikan untuk Allah. Di kalangan mereka yang telah membantu Muhammad adalah lelaki Farsi ini (Salman). Mereka juga berkata bahawa sesungguhnya diwahyukan kepadanyanya Muhammad): “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia (beribadat) ialah di makkah yang diberi berkat dan petunjuk untuk semesta alam” Surah Ali Imran 3:96.Dan kata-kata mereka “Sesungguhnya kami lihat berulan-ulang muka engkau (ya Muhammad) ke langit. Maka sesungguhnya kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau sukai. Maka hadaplah muka kamu ke arah masjid haram (ka‘bah) di mana kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya” Surah al-Baqarah 2:144.

             Mereka telah menjadikan solat mereka ke arah batu (al-Hijarah). Apakah yang membuat beliau mengingkari kami- jika tidak kerana sihirnya- menyembah berhala-berhala; al-Laata wa l-‘Uzza yang terdiri dari batu, kayu, tembaga, dan emas, tidak-al-Laata wa l- ‘Uzza-kami tidak dapati sebab untuk keluar dari apa yang ada di sisi kami sekalipun mereka disihir dan ditipu. Lihatlah dengan mata yang terang dan dengarlah dengan telinga yang jaga. Perhatikanlah dengan hati dan akal anda tentang kepercayaan mereka. Bersyukurlah kepada al-Laata wa l- ‘Uzza (wa sykuri l-Laata wa l- ‘Uzza) serta perlantikan Atiq bin ‘Abdu l- ‘Azza ke atas umat Muhammad, penguasaannya ke atas harta mereka, darah mereka, syari‘at mereka, diri mereka, halal mereka, haram mereka.

             Cukai hak yang mereka sangka bahawa mereka memungutnya untuk Tuhan mereka bagi menguatkan pembantu-pembantu mereka. Justeru itu, beliau (Umar) hidup dengan mematuhinya secara terang-terangan, dan menghadapi kesulitan secara tersembunyi. Beliau tidak ada jalan lain melainkan bergaul dengan mereka

             Sesungguhnya aku telah melakukan tindakkan yang berani ke atas pemuda Bani Hasyim yang masyhur, benderanya yang menang dan pembantunya yang bernama Haidarah; menantu kepada Muhammad ke atas perempuan yang mereka telah menjadikannya Penghulu Wanita Sejagat (al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111; Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14 ) di mana mereka menamakannya: Fatimah sehingga aku telah mendatangi rumah Ali, Fatimah, dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain, dua anak perempuan mereka berdua; Zainab dan Ummi Kalthum serta hamba perempuannya yang dipanggil al-Fidhdhah.

             Bersama-samaku adalah Khalid bin al-Walid, Qunfudh bekas hamba Abu Bakr dan beberapa sahabat kami yang khusus.Maka akupun telah mengetuk pintu mereka dengan kuat. Lantas hamba perempuan tersebut telah menjawabku. Aku berkata kepadanya: Katakan kepada Ali: Tinggalkanlah segala kebatilan dan jangan biarkan diri anda menjadi tamak kepada jawatan khalifah, kerana ianya bukanlah untuk anda, tetapi ia adalah bagi orang yang dipilih oleh Muslimun dan mereka bersetuju kepadanya.

             Demi tuhan al-Laata wa l-‘Uzza, jika perkara ini hanya menurut pendapat Abu Bakr, nescaya ia pasti gagal mengganti khilafah Ibn Abi Kabsyah (Rasulullah s.a.w). Tetapi aku telah melakukan sesuatu untuknya; aku telah menumpukan pemerhatianku kepadanya dan aku telah berkata kepada dua kabilah Nazar dan Qahtan selepas aku berkata kepada mereka bahawa khilafah hanya untuk Quraisy. Justeru itu, taatilah mereka selama mereka mentaati Allah (Ibn Qutaibah , al-Imamah wa al-Siasah , I , hlm. 15-16)

             Sesungguhnya aku berkata sedemikian adalah kerana ketangkasan Ali bin Abi Talib yang terdahulu dan dan cintanya kepada darah yang ditumpahkannya di dalam peperangan-peperangan Muhammad dan pelaksanaan hutang-hutangnya iaitu sebanyak 80 ribu Dirham (Al-Qunduzi l-Hanafi , Yanabi ‘ al-Mawaddah , hlm.89 ) Melakukan persedian peperangan, pengumpulan al-Qur’an dengan ushanya sendiri. Kata-kata Muhajirin dan Ansar manakala aku berkata bahawa Imamah adalah daripada Quraisy- Mereka berkata: Si botak; Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib yang telah diambil baiah untuknya oleh Rasulullah s.a.w bagi semua penganut agamanya. Dan kami telah menerimanya memimpin Mukminin pada empat tempat.Jika kamu melupainya , maka kami tidak melupai Baiah, Imamah dan khilafah serta wasiat adalah hak yang benar difardhukan, bukanlah dengan sukarela (Tabarru‘an) dan dakwaan falsu (Iddi‘aan), lalu kami telah membohongi mereka (fa-Kadhdhibna-hum). Aku telah mengambil empat puluh orang lelaki menjadi saksi ke atas Muhammad bahawa Imamah adalah dengan pilihan (Ikhtiar).

             Ketika itu Ansar berkata: Kami lebih berhak daripada Quraisy, kerana kami telah melindungi, membantu mereka sedangkan orang ramai berhijrah kepada kami. Jika urusan ini diberikan kepadanya, maka urusan ini juga bukan untuk kamu, tanpa kami. Dan dia berkata: Bagi kami seorang Amir dan bagi kamu seorang Amir. Kami berkata kepada mereka: Sesungguhnya 40 orang lelaki telah menyaksikan bahawa para Imam adalah daripada Quraisy (Muslim, Sahih, Cairo,1976, ii, hlm.213 ) Sebahagian mereka telah menerimanya dan sebahagian yang lain telah menolaknya. Lalu mereka bertengkar. Maka akupun berkata: Kenapa tidak memilih orang yang paling tua umurnya dan yang paling lembut di kalangan kita? Mereka berkata: Siapakah anda maksudkan?

             Aku berkata: Abu Bakr yang telah dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w di dalam solat, dia telah duduk bersamanya di al-‘Arisy di Hari Badr bermesyuarat dengannya dan mengambil pendapatnya.Dia adalah sahabatnya di Gua (al-Ghar), suami anak perempuannya ‘Aisyah yang di namakanya Umm al-Mukminin. Bani Hasyim datang di dalam keadaan marah disokong oleh al-Zubair dengan pedangnya yang masyhur dan berkata: Hanya Ali sahaja yang akan dibaiah atau aku akan memotong kepala dengan pedangku ini. Aku berkata: Wahai Zubair! Laungan anda adalah api kepada Bani Hasyim.Ibu anda adalah Safiyyah binti Abdul Muttalib. Beliau berkata: Demikian itu adalah satu kehormatan.Wahai Ibn Hantamah, wahai Ibn Sahhak! Diam. Beliau telah berkata sesuatu.Kemudian empat puluh orang lelaki daripada mereka yang telah menghadiri Saqifah Bani Sa‘idah telah melompat ke atas al-Zubair.

             Demi Tuhan! Kami tidak mampu mengambil pedangnya di tangannya sehingga kami menjatuhkannya ke tanah.Kami tidak dapati pembantunya menentang kami. Maka aku telah melompat ke arah Abu Bakr, lalu aku memegang tangannya dan memberi baiah. Kemudian diikuti oleh Uthman bin Affan dan semua mereka yang hadir selain daripada al-Zubair. Kami telah berkata kepadanya: Baiahlah, jika tidak, kami akan membunuh anda (Baayi‘ au naqtulu-ka). Kemudian aku telah menghalang orang ramai daripadanya. Aku berkata: Kamu tegahlah beliau, Bani Hasyim memarahi tindakkanku. Aku telah memegang tangan Abu Bakr dan membuatnya berdiri.

             Beliau di dalam keadaan gementar. Fikirannya berbelah-bagi, lalu aku telah mendesaknya ke Minbar Muhammad. Beliau berkata kepadaku: Wahai Abu Hafs! Aku takut tindakkan Ali ke atasku. Aku berkata kepadanya: Sesungguhnya Ali sibuk untuk mengganggu anda. Abu Ubaidah bin al-Jarrah telah membantuku di dalam perkara tersebut. Beliaulah yang telah menghulur tangannya membantu Abu Bakr ke Minbar .

             Aku mendesaknya dari belakangnya seperti kambing kepada pisau yang tajam. Beliau telah berdiri di atasnya dengan kebingungan. Aku berkata kepadanya: Berucaplah! Beliau menjadi bingung dan kelu. Aku merapatkan tapak tanganku kerana memarahinya. Aku berkata kepadanya: Katakanlah apa saja. Tetapi beliau tidak memberi apa-apa kebaikan. Aku mahu menurunkannya dari Mimbar dan aku akan mengambil tempatnya (fa-arad-tu an ahutta-hu ‘ani l-minbar wa aquma maqama-hu) .

      

             Tetapi aku benci orang ramai akan membohongiku pula tentang kata-kataku mengenainya. Orang ramai telah bertanyaku: Bagaimana pendapat anda tentang kelebihannya? Apakah yang anda telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w tentang Abu Bakr? Aku telah berkata kepada mereka: Aku telah mendengar tentang kelebihannya daripada Rasulullah s.a.w bahawa jika aku menjadi satu bulu di dadanya …dan bagiku ceritanya. Aku berkata: Katakanlah sesuatu, jika tidak, maka turunlah (Qul wa illa fa-anzil). Maka telah terserlah, demi Tuhan, pada mukaku dan beliau telah mengetahui jika beliau turun, nescaya aku akan menaikinya.

            Aku telah berkata kepadanya perkataan yang tidak mencerahkan kata-katanya. Beliau telah berkata dengan suara yang lemah: “Aku telah dilantik kepada kamu tetapi aku bukanlah orang yang paling baik daripada kamu sedangkan Ali pada kamu. Ketahuilah kamu bahawa bagiku Syaitan sedang menggodaku (Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siasah, I, hlm.9-10). Beliau tidak maksudkannya selain daripadaku- Apabila aku tergelincir, maka kamu perbetulkan aku. Perlakuan sedemikian tidak menjatuhkan aku di hadapan kamu. Aku pohon istighfar kepada Allah untukku dan kamu”. Kemudian beliau turun dan aku memegang tangannya. Orang ramai sedang memerhatikannya. Akupun memegang tangannya dengan kuat dan aku mendudukkannya. Aku mengkemukakan orang ramai supaya memberi baiah kepadanya. Aku telah mengiringinya untuk memeriahkannya, dan berkatalah orang yang mengingkari baiahnya: Apakah Ali bin Abi Talib telah lakukan?

             Maka aku berkata: Beliau telah mencabutnya dari tengkuknya dan kurang penentangan orang ramai di dalam pemilihan mereka. Beliau hanya tinggal di rumah sahaja. Mereka telah memberi baiah kepada Abu Bakr di dalam keadaan benci. Manakala tersibar baiahnya, maka kami dapat tahu bahawa Ali membawa Fatimah, al-Hasan dan al-Husain ke rumah Muhajirin dan Ansar memperingatkan mereka tentang baiahnya ke atas kami pada empat tempat. Beliau telah menggesa mereka, lalu mereka menyediakan bantuan kepadanya di waktu malam dan menjauhinya di waktu siang.Maka aku telah mendatangi rumahnya berbincang bagi mengeluarkannya dari khilafah.

             Hambanya bernama Fidhdhah berkata-aku telah berkata kepadanya: Katakan kepada Ali: Supaya beliau keluar memberi baiah kepada Abu Bakr di mana Muslimun telah bersepakat mengenainya. Beliau menjawab: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s sibuk. Aku berkata kepadanya: Tinggalkan perkara ini dan katakan kepadanya supaya beliau keluar.

             Jika tidak kami akan memasukinya dan mengeluarkannya secara paksaan (wa illa dakhal-na ‘alai-hi wa akhrajna-hu karhan). Lantas Fatimah keluar dan berdiri di balik pintu seraya berkata: Wahai orang yang sesat dan pembohong! (Ayyuha dh-Dhaalluun wa l-Mukazzibuun) Apakah yang kamu katakan? Apa yang kamu mahu? Maka aku berkata: Wahai Fatimah! Fatimah berkata: Apakah yang anda mahu wahai Umar? Maka aku berkata: Apakah gerangan sepupu anda di mana anda sendiri perlu menjawabnya dan beliau telah duduk di balik dinding?

             Beliau berkata kepadaku: Celaka anda. Beliau telah mengeluarkan aku, lantaran itu, beliau mesti mengukuhkannya dengan hujah.Setiap yang sesat pasti menipu. Aku berkata: Tinggalkanlah segala kebatilan anda dan cerita-cerita dongeng perempuan (seluruh semesta). Katakan kepada Ali supaya beliau keluar. Fatimah berkata; Tidak ada kasih dan kehormatan. Adakah dengan parti Syaitan anda menakut-nakutkan aku wahai Umar?

             Parti Syaitan adalah lemah.Maka aku berkata: Jika beliau tidak keluar, aku akan membawa kayu api dan aku akan menyalakan api ke atas keluarga rumah ini dan membakar mereka yang ada di dalamnya (In lam yakhruj ji’tu bi l-hatabi l-jazal wa adhramtu-ha naran ‘ala ahli hadha l-Bait wa ahriqu man fi-hi) atau Ali dibawa untuk melakukan baiah[1].Aku telah mengambil cemeti Qunfudh, maka akupun memukul (nya). Aku berkata kepada Khalid: Anda dan orang-orang kita hendaklah beramai-ramai mengumpulkan kayu api. Aku berkata: Sesungguhnya aku akan menyalakannya (Inni mudhrimu-ha) .

             Fatimah berkata: Wahai musuh Allah, musuh Rasul-Nya, dan musuh Amir al-Mukminin! Maka aku telah memukul tangan Fatimah dari pintu, kerana beliau telah menegahku dari membukanya. Aku telah menolaknya, kerana ia menyusahkan aku. Lantaran itu aku telah memukul dua tangannya dengan cemeti, lalu ia menyakitkannya. Aku telah mendengar laungan dan tangisan daripadanya. Aku hampir-hampir berlembut dengannya dan berpaling dari pintu, tetapi aku teringat dendam kesumat Ali, keterlibatannya di dalam pembunuhan ketua-ketua Arab, tipu daya Muhammad dan sihirnya ( wa kaida Muhammad wa sihri-hi), maka akupun telah menendang pintu itu. Perutnya telah melekat di pintu. Aku telah mendengar jeritannya dan aku kira ia telah meliputi seluruh Madinah (Ibid ).

             Beliau berkata: Wahai bapaku, wahai Rasulullah! Begitukah beliau (Umar) memperlakukan kepada kekasihmu dan anak perempuanmu. Wahai F[i]idhdhah! Peganglah aku, demi Allah, sesungguhnya kandunganku telah dibunuh (Fa-qad wa Llahi, Qutila ma fi-Ihsya‘i min hamlin). Aku telah mendengarnya merintih di dalam keadaan beliau tersandar di dinding. Aku telah menolak pintu dan memasukinya. Maka beliau telah berhadapan denganku dengan muka yang telah menutup penglihatanku.

             Fatimah telah menepuk tudung dua pipinya, lalu terputuslah anting-antingnya dan jatuh bertaburan di tanah. Ali pun keluar.Manakala aku dapat merasai kedatangannya, aku pun segera keluar rumah dan aku berkata kepada Khalid dan Qunfudh serta mereka yang bersama mereka berdua: Aku telah terselamat dari perkara yang besar (Najautu min amrin ‘Azim).

             Di dalam riwayat yang lain: Aku telah melakukan jenayah yang besar di mana diriku tidak terasa selamat dengannya. Ini Ali telah keluar dari rumah di mana aku dan kamu tidak ada daya melawannya. Maka Ali pun keluar sedangkan dua tangan Fatimah diangkat bagi mendedahkan pukulan terhadapnya; memohon kepada Allah Yang Maha Besar di atas apa yang telah berlaku. Ali meletakkan kain lembut ke atasnya dan berkata kepadanya: Wahai anak perempuan Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mengutus bapa anda sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Demi Allah sekiranya anda membuka kepala anda memohon kepada Allah a.j untuk membinasakan makhluk ini, nescaya Dia menyahuti permohonan anda sehingga tidak tinggal lagi manusia di muka bumi ini.Kerana anda dan bapa anda adalah lebih besar di sisi Allah daripada Nuh(a.s) di mana telah tenggelam kerananya semua orang di muka bumi dan di bawah langit selain daripada mereka yang berada di dalam bahteranya.Dan Dia telah membinasakan kaum Hud, kerana mereka telah membohonginya.

             Dia telah membinasakan kaum ‘Aad dengan angin yang kencang. Anda dan bapa anda lebih besar kemampuan daripada Hud. Dia telah menyiksa kaum Thamud seramai dua belas ribu orang, kerana mereka telah membunuh unta betina. Justeru itu, Jadilah anda-wahai penghulu wanita -sebagai rahmat ke atas makhluk ini, dan janganlah anda menjadi sebagai azab. Perutnya bertambah sakit, lalu beliau memasuki rumah dan melahirkan janin. Kemudian Ali menamakannya: Muhsin.

             Aku telah mengumpulkan orang ramai, bukan kerana membanyakkan bilangan mereka bagi menentang Ali, tetapi bagi menguatkan mereka dan aku telah datang-ketika beliau dikepung- maka aku telah mengeluarkannya dari rumahnya dengan paksaan dan ditawan, kemudian aku telah mengheretkannya supaya memberi baiah. Sesungguhnya aku mengetahui dengan yakin, tanpa syak padanya bahawa jika aku dan kesemua mereka di muka bumi ini berusaha sekeras-kerasnya bagi memaksanya, nescaya kami tidak mampu memaksanya. Tetapi beliau lebih mengetahui tentang dirinya. Apabila aku tiba di Saqifah Bani Sa‘idah, Abu Bakr berdiri, dan mereka yang hadir bersamanya mempersendakan Ali (Ibn Qutaibah , al-Imamah wa al-Siasah, I, hlm.14-16 )

              Lantas Ali berkata: Wahai Umar! Adakah kamu suka aku mempercepatkan bagi kamu apa yang aku telah menangguhkan bagi kamu? Aku berkata: Tidak, wahai Amir al-Mukminin! Khalid bin al-Walid telah mendengarku, demi Tuhan, lalu beliau bersegera pergi kepada Abu Bakr. Abu Bakr telah berkata kepadanya: Apakah kaitanku dengan Umar…sebanyak tiga kali, orang ramai sedang mendengar.

             Manakala beliau memasuki al-Saqifah, Abu Bakr telah berlembut kepadanya.Maka aku telah berkata kepadanya: Anda telah memberi baiah wahai Abu l-Hasan! Beliau pun berpaling, dan memberi penyaksian bahawa beliau tidak memberi baiah kepadanya, dan tidak pula menghulurkan tangannya kepadanya. Aku benci menuntutnya supaya melakukan baiah, nanti beliau akan mempercepatkan bagiku apa yang beliau telah menangguhkannya. Abu Bakr mahu jika beliau tidak melihat Ali di tempat itu, kerana takut dan gerun kepadanya. Ali telah kembali dari al-Saqifah dan kami telah bertanya tentangnya. Mereka berkata: Beliau telah pergi ke kubur Muhammad lalu duduk di sampingnya. Aku dan Abu Bakr berdiri di sampingnya. Kami datang berjalan dan Abu Bakr barkata: Celaka anda wahai Umar! Apakah yang anda lakukan kepada Fatimah? Ini, demi Tuhan, adalah kerugian yang jelas. Aku berkata: Sesungguhnya perkara yang paling besar di atas kamu bahawa beliau tidak memberi baiah kepada kita dan aku tidak percaya bahawa orang ramai menolaknya. Beliau berkata: Apakah anda akan lakukan?

             Aku berkata: Anda berpura-pura bahawa beliau telah memberi baiah kepada anda di sisi kubur Muhammad.Maka kami telah mendatanginya dan beliau telah menjadikan kubur sebagai kiblat di dalam keadaan menyandarkan tapak tangannya di atas tanahnya. Dan di sampingnya Salmam, Abu Dhar, al-Miqdad, Ammar, dan Huzaifah bin al-Yaman. Maka kami pun duduk di sampingnya. Aku telah mencadangkan kepada Abu Bakr supaya meletakkan tangannya sebagaimana Ali meletakkannya dan mengakui khilafah dari tangannya.

             Maka beliau telah melakukannya. Aku telah mengambil tangan Abu Bakr untuk menyapukan tangannya ke atas tangannya (Ali a.s) Dan aku berkata: Sesungguhnya beliau telah memberi baiah. Ali telah memegang tangannya, maka aku dan Abu Bakr berdiri dan aku akan berkata: Allah akan membalas kebaikan kepada Ali, kerana beliau tidak menegah dirinya dari memberi baiah kepada anda. Manakala aku menghadiri kubur Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Abu Dhar Jundab bin Junadah al-Ghifari telah melompat dan melaung serta berkata: Demi Tuhan! Wahai musuh Allah! Ali tidak akan memberi baiah kepada Atiq. Begitulah seterusnya setiap kali kami bertemu dengan orang ramai, kami telah memberitahukan mereka tentang baiah Ali kepada Abu Bakr, tetapi Abu Dhar telah membohonginya (Ibn Qutaibah , al-Imamah wa al-Siasah ,I , hlm.14-16 )

             Demi Tuhan, beliau tidak pernah memberi baiah kepada kami pada masa pemerintahan Abu Bakr, pada masa pemerintahanku dan pada masa khalifah selepasku. Seramai dua belas orang lelaki tidak pernah memberi baiah kepada Abu Bakr dan kepadaku. Siapakah yang telah melakukan-Wahai Mu‘awiyah-perbuatanku dan siapakah yang telah bermesyuarat dengan musuh-musuhnya selain daripadaku?! Adapun anda, bapa anda Abu Sufyan dan saudara anda Utbah, maka aku mengetahui pembohongan kamu kepada Muhammad (s.a.w), tipu dayanya, kelakuannya dan tuntutannya di gua Hira’ untuk membunuhnya.

             Beliaulah yang telah mengumpulkan al-Ahzab bagi memeranginya dan penunggangan unta oleh bapa anda memimpin al-Ahzab serta kata-kata Muhammad: Allah melaknati si penunggang, pemandu dan penarik. Bapa anda adalah penunggang, saudara anda adalah pemandu, dan anda adalah penarik. Aku tidak melupai ibu anda Hindun. Beliau telah berusha dengan seorang lelaki yang kejam sehingga beliau membunuh Hamzah yang mereka telah menamakannya Asadu r-Rahman (Singa Yang Maha Pemurah) di bumi-Nya

             Beliau telah menikamnya dengan lembing. Beliau telah membelah hatinya dan mengambil hatinya serta membawanya kepada ibu anda.Maka Muhammad dengan sihirnya telah menyangka bahawa apabila beliau memasukkannya ke mulutnya untuk memakannya, maka ianya menjadi batu. Lantaran itu, Muhammad dan para sahabatnya menamakannya: Akilatu l-Akbad (Pemakan hati). Kata-katanya di dalam bentuk syair bagi memusuhi Muhammad dan memeranginya:

Kami adalah anak-anak perempuan Tariq

kami berjalan di atas banta  

Seperti mutiara di leher

Seperti Miski di tengah kepala

Jika diterima kami peluk

Jika ditolak kami berpisah dengan permusuhan.

Kelihatan perempuannya dengan pakain kemerahan,

muka dan kepala mereka terserlah

bersedia memerangi Muhammad.

             Sesungguhnya kamu tidak menyerah dengan suka rela (Tau‘an). Sesungguhnya kamu telah menyerah secara terpaksa (Karhan) di hari Pembukaan Makkah, maka beliau (Muhammad s.a.w) telah menjadikan kamu, saudaraku Zaid, Aqil saudara Ali bin Abi Talib dan al-Abbas bapa saudara mereka Tulaqa’ (Ibn al-Athir , al-Kamil fi al-Tarikh ,iii, hlm.46-8 )

             Bapa anda berkata: Demi Tuhan, Wahai Ibn Abi Kabsyah! Aku akan memenuhi kuda-kuda dan bala tentera menentang anda. Muhammad berkata: Diberitahu kepada orang ramai bahawa sesungguhnya beliau telah mengetahui apa yang ada pada dirinya atau Allah mencukupi syirik Abu Sufyan! Beliau memperlihatkan kepada orang ramai bahawa tidak ada seorang pun yang tinggi selain daripadaku, Ali dan orang yang selepasnya daripada Ahlu l-Baitnya. Maka sihirnya terbatal dan sia-sialah ushanya.

             Abu Bakr telah mendapatkannya dan aku selepasnya. Aku berharap, wahai Bani Umayyah, supaya kamu menjadikannya sebagai perayaan. Justeru itu, aku telah melantik anda dan aku menyalahi kata-katanya (Muhammad s.a.w). Aku tidak pedulikan karangan syairnya bahawa beliau berkata: Diwahyukan kepadaku wahyu daripada Tuhanku di dalam firmanNya: “ Dan pokok kayu yang dilaknati di dalam al-Qur’an” Maka beliau telah menyangka bahawa “pokok yang dilaknati itu” adalah kamu Bani Umayyah.

             Beliau telah menerangkan permusuhannya terhadap kamu sebagaimana Hasyim dan anak-anaknya adalah musuh Bani Abd Syamsin. Aku- berserta peringatanku kepada anda-Wahai Mu‘wiyah!-menesihati anda, kerana kasihan belasku kepada anda, dan keresahan jiwa anda supaya anda mempercepatkan apa yang aku telah wasiatkan kepada anda tentang pelaksanaan syariat Muhammad (s.a.w) dan umatnya supaya anda menjelaskan kepada mereka tuntutannya dengan cacian atau bergembira kerana kematian atau menolak apa yang dibawanya. Atau memperkecilkan apa yang dibawanya, nescaya kamu akan termasuk orang yang binasa.

             Anda merendahkan apa yang anda angkat, anda meruntuhkan apa yang anda telah membinanya. Berhati-hatilah anda jika anda memasuki Masjid Muhammad, dan mimbarnya. Benarkan Muhammad apa yang beliau bawa. Terimalah ia pada zahir. Zahirkanlah keperihatinan anda terhadap rakyat anda. Perlakulah dengan baik terhadap mereka. Berikan kepada mereka hadiah. Laksanalah hukum hudud pada mereka dan gandakanlah jenayah mereka di sebabkan Muhammad. Janganlah anda memperlihatkan mereka bahawa anda meninggalkan hukum Allah. Janganlah anda menentang fardhu. Janganlah anda mengubah Sunnah Muhammad, nescaya umat akan merusakkan kita. Bahkan lakukan kepada mereka menurut keadaan masa. Bunuhlah mereka dengan tangan mereka. Perkuatkan mereka dengan pedang-pedang mereka. Berlembutlah terhadap mereka.

             Layanilah mereka dengan baik di majlis anda. Mulialah mereka di rumah anda. Bunuhlah mereka melalui ketua mereka. Zahirkan muka manis, malah tahankan kemarahan anda. Maafkan mereka, nescaya mereka akan mengasihi anda dan mentaati anda. Pemberontakan Ali dan kedua anaknya al-Hasan dan al-Husain tidak akan aman ke atas kami dan anda (Lihat, umpamanya, al-Qunduzi l-Hanafi , Yanabi‘ al-Mawaddah , hlm. 148-9)

             Jika anda boleh menyediakan kelengkapan, maka bersegeralah dan janganlah berpuas hati dengan perkara yang kecil.Tumpulah kepada perkara yang besar. Jagalah wasiatku dan janjiku kepada anda. Sembunyikannya dan jangan sekali-kali menzahirkannya (wa khfi-hi wa la tubdi-hi).Contohilah urusanku dan laranganku. Dan bangkitlah dengan ketaatan kepadaku. Jauhilah anda dari perselisihan denganku. Ikutlah jalan orang yang terdahulu anda. Tuntutlah dendam anda. Hapuskanlah kesan-kesan mereka. Sesungguhnya aku telah mengeluarkan kepada anda rahsi hatiku secara terang-terangan dan aku telah mengiringinya dengan kata-kataku:

Mu‘awi sesungguhnya orang ramai telah besar urusan mereka

Dengan dakwah mereka meliputi muka bumi ini

Aku cenderung kepada agama mereka,tetapi ia tidak menyakinkanku

Aku menjauhi agama yang telah memecahkan belakangku

Jika aku terlupa,aku tidak akan terlupa al-Walid,Syaibah

Utbah,dan al-As di Badr

Di bawah kecintaan hati telah menggigit kerana ketiadaan mereka

Oleh Abu l-Hakam; aku maksudkan yang hina dari kemiskinan

Mereka itu,maka tuntutlah-Wahai Mu‘awi-dendam mereka

Dengan menghunuskan pedang Hind

Hubungilah lelaki Syam secara keseluruhan

Mereka adalah singa sementara yang lain senang dimusnahkan

Bertawassullah secara mencapur-adukkan agama

Yang telah mendatangi kita waktu silam mereka namakan sihir

Menuntut dendam yang berlalu kepada anda secara terang-terangan

Kerana agama meliputi Bani Nadhir

Anda tidak dapat membalas dendam melainkan dengan agama mereka

Anda dibunuh dengan pedang mereka adalah yang baik dari Bani Nadhir

Lantaran itu aku melantik kamu menjadi wali Syam dengan harapan

Anda layak kembali kepada Sakhar.

             Beliau berkata: Manakala Abdullah bin Umar selesai membaca perjanjian Surat tersebut, beliau berdiri di sisi Yazid, lalu beliau mengucup kepalanya. Dan beliau berkata: Segala puji bagi Allah-wahai Amir al-Mukminin!-kerana anda telah membunuh al-Syari Ibn al-Syari (Husain bin Ali a.s). Demi Allah! Bapaku tidak mengeluarkan (isihatinya) kepadaku sagaimana beliau telah menegeluarkannya kepada bapa anda.

             Demi Allah, tidak seorangpun daripada kumpulan Muhammad yang telah melihatku, akan suka dan meredhaiku. Maka Yazid telah memberi hadiah yang berharga kepadanya dan mengiringinya dengan penuh hormat. Maka Abdullah bin Umar telah keluar di sisinya di dalam keadaan riang-gembira. Orang ramai berkata kepadanya: Apakah beliau telah berkata kepada anda? Abdullah bin Umar berkata: Perkataan yang benar (Qaulan sadiqan lau wadad-tu inni kuntu musyarika-hu fi-hi). Aku mahu jika aku telah bersyarikat dengannya (Yazid) mengenainya (Pembunuhan al-Husain bin Ali a.s). Beliau telah berjalan pulang ke Madinah, dan jawapan yang diberikan kepada mereka yang bertemu dengannya adalah sama”.

                                               Kesimpulan

                    Surat Khalifah Umar bin al-Khattab kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari berbagai-bagai sudut di mana pembaca dapat menilainya sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa Karbala’ telah menjadi penyabab kepada pendedahan Surat tersebut, kerana Yazid bin Mu‘awiyah ingin membenteraskan sokongan Abdullah bin Umar terhadap kesyahidan al-Husain bin Ali a.s yang akan menyumbang kepada kejatuhan kerajaannya dengan mengkemukakan surat rahsi yang ditulis oleh bapanya Khalifah Umar kepada bapa Yazid; Mu‘awiyah.

             Nampaknya pendedahan surat tersebut telah berjaya mengubah pendirian Abdullah bin Umar terhadap peristiwa Karbala’. Justeru itu, kandungan surat tersebut hendaklah dilihat dari aspek ketuhanan, kerasulan, kecintaan kepada Ahlu l-Bait a.s dan lain-lain, kerana ia menjadi penilai hakiki kepada seorang Muslim. Allah lebih mengetahui segala-galanya.

                                           LAMPIRAN D

                                      

                                         MUTIARA KATA

  

                       MUTIARA KATA PARA IMAM AHLU L-BAIT A.S  

                  

                             TENTANG ABU BAKR DAN UMAR

 

Pengenalan.

             Musuh-musuh mazhab Ahlu l-Bait a.s terutamanya kaum Wahabi mempamirkan bahawa para Imam Ahlu l-Bait a.s bersikap lunak terhadap Abu Bakr dan Umar; kerana mereka menerima pemerintahan mereka berdua dengan ikhlas tanpa taqiyyah. Justeru itu, mereka meletakkan segala kebencian dan permusuhan mereka secara lahir ke atas Syiah atau pengikut-pengikut para Imam a.s; kerana menentang mereka berdua. Dan bukan terhadap para Imam mereka secara keseluruhannya.

             Lantaran itu, Syiah dihukum sesat, dikafir, dihina, dicurigai, disisih, diusir, dipenjara, tanpa hak kemanusian lagi, malah ada yang dibunuh sepanjang abad. Sepatutnya mereka juga menghukum para Imam Ahlu l-Bait a.s ; Ali, al-Hasan, al-Husain, Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir, Ja’far al-Sadiq, Musa al-Kazim, Ali al-Ridha, Muhammad al-Jawad, Ali al-Hadi, al-Hasan al-Askari, dan Muhammad al-Mahdi a.s sebagai sesat,dan kafir sebagaimana dilakukan oleh Khawarij, tetapi mereka tidak berani melakukan sedemikian, kerana orang ramai akan mengetahui permusuhan dan kebatilan hukum mereka tentang para Imam Ahlu l-Bait Rasulullah saw yang mentaati Allah dan Rasulullah-Nya saw sepenuhnya.

             Mereka berkata: Syiah mencaci dan mengkafir Abu Bakr dan Umar. Sementara para Imam Ahlu l-Bait a.s tidak mengkafirkan mereka berdua. Lantaran itu, terjemahan ini mendedahkan mutiara kata atau pendapat para Imam Ahlu l-Bait a.s tentang Abu Bakr dan Umar secara khusus tanpa taqiyyah. Ia adalah terjemahan dari beberapa bahagian daripada Bab (20) “Kufr al-Thalaathah wa Nifaqu-hum wa Fadhaa’ih A’maali-him wa Qabaa’ih Aathari-him wa Fadhl al-Tabbarri min-hum wa la’anu-hum” (Kekafiran bertiga, nifaq mereka, kejahatan amalan mereka,keburukan perjalanan mereka, kelebihan membebaskan diri daripada mereka, dan kelebihan melaknati mereka) di dalam buku Bihar al-Anwar, karangan al-‘Allamah al-Majlisi, jilid, 30, Beirut, 1995.

 

 

                                           Terjemahan teks.

             Ahmad b.Muhammad daripada Umar b.Abdu l-Aziz daripada Ahmad b.Fudhail daripada al-Thumaali daripada Ali b.al-Husain a.s, dia berkata kepadanya: Aku ingin bertanya kepada anda mengenai fulan dan fulan? Beliau menjawab: Segala laknat Allah ke atas mereka berdua.Mereka berdua mati-Demi Allah-dalam keadaan kafir-musyrik (kaafiraini musyrikaini) dengan Allah yang Maha Besar (Bihar al-Anwar, 30, hlm. 145)

             Tafsir Ali bin Ibrahim al-Qummi,1,hlm.383: Ali bin Ibrahim berkata tentang firman-Nya Surah al-Nahl 16: 25 “Supaya mereka memikul dosa mereka secukupnya pada hari Kiamat dan sebahagian dosa orang yang mereka sesatkan tanpa ilmu pengetahuan” Beliau berkata: Mereka memikul dosa-dosa mereka-iaitu mereka yang telah merampas hak Amir al-Mukminin a.s dan dosa setiap orang yang telah mengikut mereka,iaitu kata-kata Imam Ja‘far al-Sadiq a.s: Demi Tuhan! Tidak ada darah yang mengalir, tidak ada pertengkaran yang berlaku, tidak dirampas kemaluan haram (Farjun haraamun), tidak diambil harta tanpa halalnya, melainkan dosa sedemikian itu pada tengkuk mereka berdua, tanpa mengurangkan sedikitpun dosa-dosa orang lain. (Bihar al-Anwar, 30, hlm. 149)

             Tafsir Ali bin Ibrahim al-Qummi, ii, hlm.197: Ali bin Ibrahim berkata tentang firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33):66-68 “ Pada hari muka-muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka” adalah kinayah kepada mereka yang telah merampas hak Ali muhammad(keluarga Muhammad): “ Mereka berkata: Aduhai kiranya! Kami telah mentaati Allah dan Rasul-Nya” iaitu tentang Amir al-Mukminin a.s.Mereka berkata: Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mentaati orang-orang yang mulia kami dan pembesar-pembesar kami,maka mereka telah menyesatkan kami dari jalan (Engkau)(al-Sabil)”’ mereka adalah dua lelaki (Humaa rajulaani), “Orang-orang yang mulia kami dan pembesar-pembesar kami” adalah mereka berdua yang telah memulakan kezaliman terhadap mereka dan merampas hak mereka. Dan firman-Nya “ Maka mereka telah menyesatkan kami dari jalan” iaitu jalan syurga. Al-sabil adalah Amir al-Mukminin a.s.Kemudian mereka berkata: “Ya Tuhan kami, gandalah azab terhadap mereka dua kali lipat dan laknatilah mereka dengan laknat yang besar” Sesungguhnya al-Insan “manusia” di dalam firman-Nya Surah al-Ahzab33: 72 “Kemudian amanah itu dipikul oleh manusia (al-Insan). Sesungguhnya manusia adalah zalim dan jahil” adalah Abu Bakr.(Bihar al-Anwar, 30, hlm. 152-3)

             Tafsir Ali bin Ibrahim al-Qummi,ii,hlm.207: Ahmad bin Idris, daripada Ahmad bin Ahmad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Hassan, daripada Hasyim bin ‘Ammar tentang firman-Nya di dalam Surah Fatir (35): 8 “Adakah mereka yang dihiaskan kepadanya kejahatan amalannya,maka dia melihatnya baik,sesungguhnya Allah menyesatkan mereka yang Dia kehendaki, dan Dia memberi hidayat kepada siapa yang Dia kehendaki, maka janganlah kamu berdukacita ke atas mereka.Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka lakukan” Beliau berkata: Ayat ini diturunkan kepada Zuraiq (Abu Bakr) dan Habtar (Umar) (Bihar al-Anwar, 30, hlm. 153)

             Daripada Sa’dan daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdillah a.s mengenai firman Allah swt Surah al-Baqarah: 284 “Sekiranya kamu menzahirkan apa yang ada pada diri kamu atau menyembunyikannya, maka Allah menghitungnya. Maka dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki dan menyiksa siapa ynag Dia kehendaki” Dia (Abu Abdullah) berkata: Adalah menjadi hak Allah tidak memasukkan ke dalam Syurga mereka yang mempunyai kecintaan kepada mereka berdua meskipun sebesar biji sawi (Ibid, hlm. 215).

             Ali, daripada bapanya, daripada Hannan, daripada bapanya, daripada Abu Ja‘far a.s, dia berkata: Sesungguhnya Dua Syaikh telah meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat (Inna syaikhaini faaraqaa al-Dunya wa lam yatubaa), dan mereka berdua tidak mengingati apa yang mereka telah lakukan terhadap Amir al-Mukminin a.s (wa lam yazkuraa ma sana’aa bi- Amir al-Mu’minin a.s, fa-‘alai-hi-maa la’natullah wa l-Malaa’katu wa al-Naasu ajma’iin). Maka laknat Allah, laknat para Malaikat dan seluruh manusia ke atas mereka berdua. (Ibid, hlm. 269.

             Dengan isnad ini, dia berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s, maka beliau menjawab: Wahai Abu al-Fadhl? !Demi Allah, tidak seorang daripada kami meninggal Dunia melainkan dia memarahi mereka berdua. Tidak seorang daripada kami pada hari ini melainkan memarahi mereka berdua;yang tua kami memberi wasiyat kepada yang muda kami bahawa sesungguhnya mereka berdua telah menzalimi hak kami,menghalang kami daripada Fai’ kami. Mereka berdua adalah orang pertama yang menghina kami. Mereka berdua telah memalukan kami dalam Islam di mana ia tidak dapat ditutupi selama-lamanya sehingga datangnya Qaim kami atau seorang yang bercakap di pihak kami.

             Kemudian dia berkata: Demi Allah! Sekiranya datang Qaim kami atau seorang yang bercakap di pihak kami, nescaya dia akan mendedahkan tentang mereka berdua dari apa yang dirahsiakannya, dan akan menyembunyikan tentang mereka berdua dari apa yang telah zahir. Demi Allah! Tidak berlaku sesuatu bala’ atau bencana ke atas kami Ahlu l-Bait melainkan mereka berdua telah mengasaskannya pada mulanya (Wa Llahi,ma ussisat min baliyyatin wala qadhiyyatin tajri ‘alai-na ahlu l-bait illa hummaa assasaa awwala-ha, fa-’alaihi-maa la’natullahi wa l-Malaikati wa al-Nasi ajma’ain ). Maka di atas kedua-duanya laknat Allah,Para Malaikat,dan seluruh manusia. (Ibid, hlm. 269.

             Diriwayatkan daripada al-Asbagh b.Nubatah, Rusyaid al-Hajari, Abu Kudaibah al-Asadi, dan para sahabat Ali a.s yang lain dengan sanad yang bermacam-macam. Mereka berkata: Kami duduk di Masjid, tiba-tiba keluar Amir al-Mukminin daripada pintu kecil memberi isyarat dengan tangannya di sebelah kirinya sambil berkata: Tidakkah kamu melihat apa yang aku lihat? Kami berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Apakah yang anda sedang melihatnya? Dia menjawab: Aku sedang melihat Abu Bakr ‘Atiq di Neraka (sadf al-Naar) sedang memberi isyarat dengan tangannya kepadaku dan berkata: Pohonlah keampunan untukku (astaghfir-li), Allah tidak akan mengampuninya. Abu Kudaibah menambah: Sesungguhnya Allah tidak meredhai mereka berdua sehingga mereka berdua meredhaiku (Ali a.s). Demi Allah, mereka berdua tidak akan meredhaiku selama-lamanya.Kemudian ditanya tentang “al-sadf”, beliau menjawab: Azab yang besar (al-Wahdah al-‘Azimah). (Ibid, hlm. 378.

             Daripada al-Harith al-A‘war, dia berkata: Aku masuk berjumpa Ali a.s pada suatu malam, maka beliau berkata kepadaku: Apakah yang membuat kamu datang pada masa ini? Aku menjawab: Kerana cintakan anda, wahai Amir al-Mukminin! Beliau berkata: Allah. Aku berkata: Allah. Beliau berkata: Bolehkah aku memberitahu anda orang yang paling bermusuhan dengan kami, dan orang yang paling bermusuhan dengan orang yang mencintai kami? Aku menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin. Demi Allah, aku telah menyangkakannya. Beliau berkata: Jelaskan sangkaan anda itu. Aku berkata: Abu Bakr dan Umar. Beliau berkata: datang berhampiranku, wahai A’war, maka aku menghampirinya. Kemudian beliau berkata: Bebaskan diri anda daripada mereka berdua (ibra’ min-humaa), nescaya Allah dan Rasul-Nya bebas daripada mereka berdua (bari’a Llahu min-humaa). Di dalam riwayat yang lain beliau berkata: Demi Yang memecahkan biji dan yang menghidupkan jiwa. Sesungguhnya mereka berdua telah menzalimiku tentang hakku, mengeruhkan kehidupanku,irihati terhadapku, dan menyakitiku. Sesungguhnya ahli Neraka akan terseksa dengan laungan mereka berdua, dan penghinaan Rasulullah dan keluarganya terhadap mereka berdua. (Ibid, hlm.379).

             Dia berkata: Mereka meriwayatkan daripada ’Ammarah,dia berkata:Aku telah duduk di sisi Amir al-Mukminin a.s di mana beliau berada di sebelah kanan Masjid Kufah di sisinya orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki memberi salam kepadanya, kemudian dia berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Demi Allah, sesungguhnya aku mencintai anda. Maka beliau menjawab: Sesungguhnya aku, Demi Allah,tidak mencintai anda, bagaimana cinta anda kepada Abu Bakr dan Umar? Maka dia menjawab: Aku mencintai kedua-duanya sepenuh cinta. Beliau berkata lagi:Bagaimana cinta anda kepada Uthman? Dia menjawab: Cinta kepadanya telah menunjang di lubuk hatiku. Maka Ali a.s berkata: Aku adalah Abu l-Hasan. (Ibid,hlm.379).

           Dia berkata: Mereka meriwayatkan daripada Sufyan daripada Fudhail b. al-Zubair daripada Nuqai’, daripada Abu Kudaibah al-Azadi, dia berkata: Seorang lelaki telah berdiri di sisi Amir al-Mukminin a.s, lalu dia bertanya kepadanya tentang firman-Nya Surah al-Hujarat(49):1 “ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya…” kepada siapakah ia diturunkan? Beliau menjawab: Apakah anda mahu? Adakah anda mahu mempersendakanku kepada orang ramai? Dia menjawab: Tidak, wahai Amir al-Mukminin, tetapi aku mahu mengetahuinya. Beliau berkata: Persilakan duduk, persilakan duduk, maka beliau berkata: Tuliskan sahaja ‘Amiran, tuliskan Mu’ammaran, tuliskan ‘Umar, tuliskan ‘Ammaran, tuliskan Mu’tamaran… salah satu daripada yang lima nama ia diturunkan. Sufyan berkata: Aku berkata kepada Fudhail: Apakah anda fikir ianya Umar? Dia menjawab: Siapa lagi selain daripadanya.

             Dia berkata: Mereka meriwayatkannya daripada al-Munzir al-Thauri, dia berkata: Aku telah mendengar al-Husain b.Ali a.s berkata: Sesungguhnya Abu Bakr dan Umar telah bersandar kepada khilafah-sepatutnya hak kami-maka mereka berdua telah menjadikannya untuk kami satu saham seperti saham nenek (Jiddah). Demi Allah, mereka berdua berhasrat memohon syafaat kami di hari orang ramai memohon syafaat kami.

             Dia berkata: Mereka meriwayatkan daripadanya(al-Husain) a.s-seorang lelaki telah bertanya kepadanya mengenai Abu Bakr dan Umar, maka beliau menjawab: Demi Allah, mereka berdua telah menghilang dan menghapuskan hak kami, menduduki kedudukan di mana kami lebih berhak daripada mereka berdua, memijak kepala kami, dan membawa orang ramai menentang kami (dhayya’aa-naa wa dhahabaa bi-haqqi-naa,wa jalasaa majlisan kunnaa ahaqqu bi-hi min-humaa,wa wati’aa ‘alaa a’naaqi-na,wa hamilaa-al-Naasa ‘alaa riqaabi-na).

             Dia berkata: Mereka meriwayatkan daripada Abu al-Jaruud Ziyad b.al-Munzir, dia berkata: Ditanya Ali b.al-Husain a.s tentang Abu Bakr dan Umar? Maka beliau menjawab: Mereka berdua telah melakukan kezaliman terhadap bapa-bapa kami, mereka berdua telah menduduki jalan kami (idhtaja’aa bi-sabili-naa), dan mereka berdua telah membuat orang ramai menentang kami.

             Daripada Abu Ishaq, sesungguhnya dia berkata:Aku telah mengiringi (sahabtu) Ali b. al-Husain di antara Makkah dan Madinah, maka aku bertanya kepadanya mengenai Abu Bakr dan Umar apakah pendapat anda tentang mereka berdua? Beliau menjawab:Mudah-mudahan aku akan memberi pendapatku mengenai mereka berdua; Allah tidak merahmati mereka berdua (La rahimahumaa-Llahu) dan tidak mengampuni mereka berdua(wa la ghafira-lahumaa).

             Daripada al-Qasim b.Muslim,dia berkata:Aku telah berada bersama Ali b.al-Husain a.s, aku memasukkan tanganku ke tangannya, maka aku berkata: Apa pendapat anda tentang dua lelaki ini? Adakah aku membebaskan diriku daripada musuh mereka berdua? Maka beliau lantas memarahiku dan mencabut tangannya dari tanganku, kemudian beliau a.s berkata: Waihak! Aduhai anda! Wahai Qasim! Mereka berdua adalah orang yang pertama menzalimi bapa-bapa kami, menduduki jalan kami, membawa orang ramai menentang kami, dan menduduki kedudukan di mana kami lebih berhak daripada mereka berdua (wa jalasaa majlisan kunna ahaqqu bi-hi min-humaa).

             Daripada Hakim b. Jubair, dia berkata:Ali b.al-Husain a.s berkata: Kamu memerangi kerana Uthman semenjak enam puluh tahun, maka bagaimana jika kamu membebaskan diri kamu kalian daripada Dua Berhala Quraisy? Dia berkata: Mereka meriwayatkan daripada Surah b.Kulaib, dia berkata: Aku telah bertanya Abu Ja’far a.s tentang Abu Bakr dan Umar? Beliau menjawab: Mereka berdua adalah orang yang telah menzalimi hak kami, dan membuat orang ramai menentang kami. Maka aku telah mengulangi perkara yang sama sebanyak tiga kali, maka beliau menjawab pertanyaanku sebanyak tiga kali. Kemudian aku mengulanginya pada kali keempat, maka beliau berkata:

Bagi mereka yang mempunyai sifat yang lembut    

sebelum hari ini,tidak mengguna kekerasan ( ma tuqra’u l- ‘Asaa)

Dan tugas ilmu manusia hanya untuk mengetahui

             Dan mereka meriwayatkan daripada Busyir b. Arakah al-Nabbal, dia berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang Abu Bakr dan Umar, maka beliau berkata di dalam keadaan marah. Apakah yang anda mahu daripada Dua Berhala Arab? Kamu diperangi di atas darah Uthman b. ‘Affan, bagaimana jika kamu menzahirkan pembebasan (al-Baraa’ah) daripada mereka berdua.Lantaran itu mereka itu tidak akan berbincang dengan kamu meskipun sekejap?! (Ibid,hlm.383)

             Daripada Hajr b. al-Bajali, dia berkata:Aku telah menjadi syak tentang kedudukan dua lelaki ini (syakaktu fi amri al-Rajulaini), maka aku datang ke Madinah. Maka aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya orang pertama yang telah menzalimi kami, merampas hak kami, dan membuat orang ramai menentang kami adalah Abu Bakr dan Umar. Dan beliau a.s berkata: Jika Ali mendapati pembantu-pembantu, nescaya beliau telah memenggal kepala mereka berdua (Lau wajada ‘aliyyun a’waanan la-dharaba a’naaqa-humaa).

             Daripada salam b.Sa‘id al-Makhzumi, daripada Abu Ja‘far a.s, beliau berkata: Tiga orang di mana amalan mereka tidak naik ke langit, dan tidak diterima amalan mereka: S iapa yang mati di dalam keadaan memarahi kami Ahlu l-Bait di hatinya ( man maata wa lana ahlu l-Bait fi qalbi-hi baghdhun), mereka yang mewalikan musuh kami( wa man tawalla ‘aduwwa-na), dan mereka yang mewalikan Abu Bakr dan Umar (man tawalla Abu Bakr wa Umar).

             Daripada Ward b.Yazid-Saudara lelaki al-Kumait-berkata: Kami telah bertanya Muhammad b.Ali a.s tentang Abu Bakr dan Umar?Maka beliau berkata: Siapa yang telah mengetahui bahawa sesungguhnya Allah menghukum dengan penuh keadilan, dia akan membebaskan diri daripada mereka berdua. Tidak ada titisan darah yang mengalir melainkan ditanggung oleh mereka berdua (ma min mahjamati dammin yuhraaqu illa wa hiya fi riqabi-himaa) (Ibid,hlm. 383)

             Daripada Muhammad b. Ali a.s,beliau ditanya tentang Abu Bakr dan Umar, maka beliau a.s menjawab: Mereka berdua adalah orang pertama yang telah menzalimi kami, merampas hak kami, menentang kami, dan membuka ke atas kami satu pintu(baban) di mana ia tidak dapat ditutupi lagi sehingga Hari Kiamat (wa fataha ‘alaina baban la yasuddu-hu syai’un ilaa yaumi l-Qiyamah, falaa ghafira Llahu la-humaa zalma-humaa iyyaanaa). Justeru itu, Allah tidak mengampuni mereka berdua di atas kezaliman mereka berdua ke atas kami.

             Daripada Salim b. Abu Hafsah,dia berkata: Aku berjumpa Abu Ja’far a.s, maka aku berkata: Para Imam kami, dan pembesar-pembesar kami,kami mewalikan orang yang kamu mewalikan mereka (nuwalli man waalai-tum), kami memusuhi mereka yang kamu memusuhi(wa nu’adi man’aadaitum), dan kami membebaskan diri kami daripada musuh kamu. Maka beliau berkata: Alangkah bahagianya wahai Syaikh! Adakah kata-kata anda itu benar,wahai Syaikh!Aku menjawab: Aku jadikan diriku sebagai tebusan anda; ia adalah benar. Beliau a.s berkata: Apa pendapat anda tentang Abu Bakr dan Umar? Dia berkata: Dua Imam yang adil rahimahuma-Llahu? Beliau a.s berkata: Demi Allah! Anda telah berkongsi di dalam perkara ini dengan orang di mana Allah tidak menjadikan habuan (nasiiban) untuknya padanya (khilafah). (Ibid, hlm. 383)

           Daripada Fudhail b.al-Rassan, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Abu Bakr dan Syiahnya bagaikan Fir’aun dan Syiahnya. Ali dan Syiahnya bagaikan Musa dan Syiahnya (mathalu Abi Bakr wa syi’atu-hu mathalu Fir’aun wa syi’atu-hu, wa mathalu Ali wa syi’atu-hu mathalu Musa wa syi’atu-hu).

             Diriwayatkan daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman-Nya Surah al-Tahrim (66):3 “Apabila Nabi saw merahsiakan kepada sebahagian isterinya satu percakapan…”, beliau berkata: Beliau saw telah merahsiakan kepada kedua-dua isterinya tentang Maryam al-Qibtiyyah, dan beliau juga merahsiakan kepada mereka berdua bahawa sesungguhnya Abu Bakr dan Umar akan mengambil jawatan khilafah selepasnya secara zalim, jahat dan penipuan (zaalimaini faajiraini ghaadiraini) .(Ibid, hlm. 384)

             Mereka meriwayatkan daripada ‘Ubaid b.Sulaiman al-Nakha’i daripada Muhammad b.al-Husain b.Ali b.al-Husain a.s daripada anak saudara lelakinya al-Arqat, dia berkata: Aku berkata kepada Ja’far b.Muhammad: Wahai bapa saudaraku!(yaa ‘Ammah!) Aku khuatir kematian ke atas diriku dan di atas anda berlaku tanpa penerangan tentang kedudukan dua lelaki ini. Maka Ja‘far a.s berkata kepadaku: Bebaskan diri anda daripada mereka berdua (Ibra’ min-humaa), nescaya Allah dan Rasul-Nya membebaskan anda daripada mereka berdua (baria Llahu wa Rasulu-hu min-humaa). (Ibid, hlm. 384).

             Daripada Abdullah b.Sinan, daripada Ja‘far b.Muhammad a.s, dia berkata: Beliau a.s berkata kepadaku: Abu Bakr dan Umar adalah dua berhala Quraisy di mana mereka menyembah mereka berdua (sanamai Quraisy alladhaani ya‘buduna-humaa)

             Daripada Ismail b.Yasar, dan orang lain, daripada Ja‘far b.Muhammad a.s dia berkata: Apabila beliau menyebut Umar, beliau mengatakan bahawa Umar adalah anak zina (zannaa-hu). Dan apabila beliau menyebut Abu Ja‘far al-Dawaaniq, beliau mengatakan bahawa Abu Ja‘far al-Dawaaniq, adalah anak zina (zannaa-hu). (Ibid, hlm. 384)

             Dia berkata: Banyak riwayat daripada Ali b. al-Husain, Muhammad b. Ali, dan Ja‘far b.Muhammad a.s menurut saluran yang bermacam-macam, sesungguhnya mereka berkata: Tiga jenis orang di mana Allah tidak akan melihat kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka serta bagi mereka azab yang pedih. Siapa yang yang menyangka bahawa dia adalah seorang imam, tetapi dia bukanlah imam. Siapa yang mengingkari Imamah imam daripada Allah, dan siapa yang menyangka bahawa mereka berdua mendapat imamah sebagai nasib mereka berdua di dalam Islam. Dan riwayat-riwayat lain selain dari apa yang kami telah menyebutkannya,dan daripada Anak-anak lelaki mereka a.s bahawa ianya menjadi perkara umum di dalam agama mereka bahawa mereka berpendapat bahawa orang yang mendahulu Amir al-Mukminin a.s dan siapa yang beragama dengan agama mereka adalah kafir(kuffar). Lantaran itu riwayat-riwayat yang kami kemukakan adalah mencukupi bagi tujuan tersebut sebagai bukti(istizharaan). Sesungguhnya riwayat-riwayat sama ada dilakukan secara khusus (al-Khaassah) atau umum (al-‘Aammah) daripada jema‘ah pemuka-pemuka agama adalah diambil daripada para Imam a.s:

             Mereka meriwayatkan daripada Mu‘ammar b. Khaitham, dia berkata: Zaid b. Ali telah mengutusku sebagai pendakwah, maka aku berkata: Aku jadikan diriku sebagai tebusan anda. Syi’ah tidak akan menyahut seruan kita. Sesungguhnya Syi’ah tidak akan menyahut seruan kita kepada wilayah Abu Bakr dan Umar. Beliau berkata kepadaku: Aduhai anda! Seorang itu lebih mengetahui tentang kezalimannya daripada kami. Demi Allah, sekiranya anda berkata bahawa sesungguhnya mereka berdua telah melakukan kezaliman dalam hukum, nescaya anda berbohong. Sekiranya anda berkata bahawa mereka berdua telah mengambil al-Fai’ untuk menjadi kaya, nescaya anda berbohong, tetapi mereka berdua adalah orang pertama yang telah menzalimi hak kami, dan membawa orang ramai menentang kami. Demi Allah, aku memarahi anak-anak mereka berdua kerana kemarahanku terhadap bapa-bapa mereka berdua,tetapi jika anda menyeru orang ramai kepada apa yang kamu katakan, nescaya mereka membunuh kita sekaligus.(Ibid, hlm. 384)

             Mereka meriwayatkan daripada Muhammad b.Furat al-Jurmi, dia berkata: Aku telah mendengar Zaid b.Ali berkata: Sesungguhnya kami terserempak keluarga Umar di tempat mandi (hammaam), maka mereka mengetahui bahawa kami tidak sukakan mereka, dan mereka pula tidak sukakan kami. Demi Allah! Sesungguhnya kami memarahi anak-anak mereka, kerana memarahi bapa-bapa mereka. (Ibid, hlm. 385)

             Mereka meriwayatkan daripada Fudhail b.al-Zubair, dia berkata: Aku telah bertanya Zaid b. Ali a.s: Apa pendapat anda tentang Abu Bakr dan Umar? Beliau menjawab: Katakan mengenai mereka berdua sebagaimana kata Ali: Tahankan lidah anda sebagaimana beliau menahan lidahnya, janganlah anda melebihi kata-katanya. Aku berkata: Beritahuku tentang hatiku adakah aku telah menjadikannya? Beliau menjawab: Tidak.Aku berkata: Sesungguhnya aku naik saksi ke atas Yang telah menjadikannya. Sesungguhnya Dia telah meletak di hatiku memarahi mereka berdua Innahu wadha’a fi qalbii baghdha-humaa). Bagaimana aku mengeluarkannya dari hatiku? Maka beliau pun duduk seketika dan berkata: Aku, demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia, sesungguhnya aku memarahi anak-anak mereka berdua kerana kemarahanku terhadap mereka berdua.Kerana mereka apabila mendengar cacian (sabb) terhadap Ali a.s, mereka bergembira.

             Mereka meriwayatkan daripada al-Abbas b.al-Walid al-Aghdari, dia berkata: Ditanya Zaid b.Ali tentang Abu Bakr dan Umar, maka beliau tidak menjawab tentang mereka berdua. Manakala beliau terkena lontaran panah (asaabat-hu al-Ramiyyah), maka beliau mencabut panah dari mukanya. Kemudian tangannya berlumuran darah seperti hati. Maka beliau berkata: Di manakah orang yang bertanya tentang Abu Bakr dan Umar? Mereka berdua adalah bersekutu di dalam darah ini (humaa syurakaa’ fi hadha al-damm).Kemudian beliau mencampakkannya   ke arah belakangnya.(Ibid.)

             Daripada Nafi‘ al-Thaqafiyyi-Dia sempat berjumpa zaid b. Ali-, dia berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepadanya tentang Abu Bakr dan Umar, beliau berdiam, tanpa memberi jawapan kepadanya.Tetapi apabila ditikam, beliau bertanya: Di manakah orang yang bertanya tentang Abu Bakr dan Umar tadi? Mereka berdualah yang membuatku berada di tempat ini.(Ibid, hlm. 385).

             Mereka meriwayatkan daripada Ya‘qub ‘Adi, dia berkata: Ditanya Yahya b. Zaid tentang mereka berdua-pada masa itu kami berada di Kharasan dan telah bertembung dua kumpulan-, maka beliau berkata:mereka berdualah yang telah membuat kita berada di tempat ini. Demi Allah, mereka berdua adalah tercela dan sesungguhnya mereka berdua telah berhasrat untuk membunuh Amir al-Mukminin a.s.

             Mereka meriwayatkan daripada Qulaib b.Hammad, daripada Musa b. Abdullah b. al-Hasan, dia berkata:Aku berada bersama bapaku di Makkah, maka aku telah bertemu seorang lelaki dari Taif, Maula Thaqif. Dia sempat berjumpa Abu Bakr dan Umar.Maka bapaku telah menasihatinya supaya bertakwa kepada Allah, maka lelaki itu berkata: Wahai Abu Muhammad!Aku bertanya anda dengan nama Tuhan Bait al-Haram! Adakah mereka berdua telah melakukan solat ke atas Fatimah? Beliau menjawab: Wahai Tuhanku! Tidak.Dia berkata: Manakala lelaki itu pergi, Musa pun berkata:Aku mencacinya dan mengkafirkannya. Kemudian dia berkata: Wahai anakku! Janganlah anda mencacinya dan janganlah anda mengkafirkannya.Demi Allah! Mereka berdua telah melakukan perbuatan yang besar (La-qad fa’alaa fi’lan ‘aziiman). (Ibid, hlm. 386).

             Di dalam riwayat yang lain, wahai anakku! Janganlah anda mengkafirkannya. Demi Allah! Mereka berdua tidak melakukan solat ke atas Rasulullah s.a.w, selama tiga malam mereka tidak mengkafankannya. Mereka berdua sibuk dengan perjanjian yang mereka memeteraikannya (khilafah). Mereka meriwayatkan bahawa Yazid b.Ali al-Thaqafi mendatangi Abdullah b.al-Hasan di makkah, maka dia berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah!Adakah anda ketahui bahawa mereka telah menghalang Fatimah a.s binti Rasulullah saw dari pusakanya? Beliau menjawab: Ya.

             Dia berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! adakah anda mengetahui bahawa Fatimah a.s telah mati di dalam keadaan beliau tidak bercakap kepada mereka berdua-iaitu Abu Bakr dan Umar-Dan beliau telah berwasiat supaya mereka berdua tidak melakukan solat ke atas nya? Beliau menjawab: Ya. Dia berkata: Aku bertanya anda dengan nama Allah! Adakah anda mengetahui bahawa Ali tidak memberi baiah kepada mereka berdua sehingga beliau dipaksa? Beliau menjawab: Ya. (Ibid ,hlm. 386)

             Dia berkata: Aku naik saksi di hadapan anda bahawa sesungguhnya aku membebaskan diriku daripada mereka berdua. Dan aku adalah di atas pendapat Ali dan Fatimah a.s. Musa berkata: Ketika aku berhadapan dengannya, maka bapaku berkata: Wahai anakku! Demi Allah bahawa sesungguhnya mereka berdua telah melakukan perkara yang besar(atayaa amran ‘aziiman).

             Mereka meriwayatkan daripada makhul b.Ibrahim, dia berkata: Musa b. Abdullah b. al-Hasan telah memberitahuku dan menyebut mereka berdua, maka beliau berkata: Katakan kepada mereka bahawa kami bersedih (ma’tam) di atas kematian Fatimah a.s. Beliau mati di dalam keadaan marah terhadap mereka berdua. Maka kami memarahi kerana kemarahannya dan kami redha dengan keredhaannya. Apabila datang keredhaannya, kami redha. (Ibid, hlm. 387)

             Makhul berkata: Aku telah bertanya Musa b.Abdullah tentang Abu Bakr dan Umar, maka beliau berkata kepadaku: Perkara yang aku benci menyebutkannya. Aku berkata kepada Makhul:Beliau berkata tentang mereka berdua lebih berat daripada al-Zulm (kezaliman), al-Fujuur (kejahatan), dan al-Ghadar ( penipuan )?! Dia menjawab: Ya.

             Makhul berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang mereka berdua satu kali, maka beliau berkata: Adakah anda mengiraku tabarriyan (pembebasan diri)? Kemudian beliau berkata mengenai mereka berdua perkataan yang buruk (qaulan sayyian).

             Daripada Ibn mas‘ud, dia berkata: Aku telah mendengar Musa b. Abdullah berkata: Mereka berdua adalah orang pertama yang menzalimi kami tentang hak kami, pusaka kami (miirath) daripada Rasulullah saw, menentang kami, lalu orang ramai menentang kami.

Mereka meriwayatkan daripada Yahya b.Musawir , dia berkata:Aku telah bertanya Yahya b. Abdullah b.al-Hasan tentang Abu Bakr dan Umar? Beliau berkata kepadaku: Bebaskan diri anda daripada mereka berdua (ibra’ min-humaa).

             Mereka meriwayatkan daripada Abdullah b. Muhammad b. Umar b.Ali b.Abi Talib a.s, beliau berkata: Aku telah menyaksi bapaku Muhammad b. Umar b. al-Hasan-beliau telah berada bersama al-Husain di Karbala’. Syiah menganggap kedudukannya seperti kedudukan Abu Ja’far a.s; mereka mengetahui haknya dan kelebihannya. Dia berkata: Maka beliau bercakap tentang Abu Bakr, maka Muhammad b. Umar b. al-Hasan b.Ali b. Abi Talib kepada bapaku: Diam! Sesungguhnya anda adalah lemah (‘aajizun) . Demi Allah, sesungguhnya mereka berdua adalah bersekutu dalam darah al-Husain a.s (inna-humaa la-syurakaa’u fi dammi al-Husain ).(Ibid, hlm. 388)

             Di dalam riwayat yang lain, beliau berkata: Demi Allah, mereka berdua telah dikeluarkan oleh Rasulullah saw dari Masjidnya ketika itu mereka masih hidup. Kemudian mereka berdua dimasukkan ke dalam rumahnya dalam keadaan bangkai (jiifah) .

             Mereka meriwayatkan daripada Abu Huzaifah-dari penduduk Yaman,seorang yang mulia dan zuhud-dia berkata: Aku telah mendengar Abdullah b. al-Hasan b. Ali b. al-Husain a.s beliau pada masa itu sedang melakukan tawaf di Ka’bah, maka beliau berkata: Demi Tuhan Ka’bah, Tuhan al-Rukn, dan Tuhan Hajr al-Aswad,tidak terpancar setitik darah daripada kami dan daripada Muslimin melainkan ia di atas tengkuk mereka berdua (maa qatarat minnaa qatratu dammin walaa qatarat min dimaa’ al-muslimin qitratun illa wa-huwa fi a’naqi-himaa)-iaitu Abu Bakr dan Umar.

             Mereka meriwayatkan daripada Ishaq b. Ahmar, dia berkata:Aku telah bertanya Muhammad b. al-Hasan b. Ali b. al-Husain a.s,aku berkata: Adakah boleh aku melakukan solat di belakang orang yang mewalikan Abu Bakr dan Umar? Beliau menjawab: Tidak, dan tidak ada karaamah (kemuliaan).

             Mereka meriwayatkan daripada Abu al-Jarud, dia berkata: Ditanya Muhammad b. Umar b. al-Hasan b. Ali b. Abi Talib a.s tentang Abu Bakr dan Umar? Beliau menjawab: Kamu diperangi selama enam puluh tahun kerana kamu menyebut Uthman. Demi Allah jika kamu menyebut Abu Bakr dan Umar, nescaya darah kamu lebih halal di sisi mereka daripada darah kucing.(Ibid ,hlm. 388)

             Mereka meriwayatkan daripada Urtat b.Habib al-Asadi, dia berkata: Aku telah mendengar al-Hasan b. Ali b. al-Husain al-syahid a.s dengan berkata: Mereka berdualah yang telah membuatkan kita jadi begini.Mereka berdualah yang menyangka bahawa Rasulullah saw tidak meninggalkan pusakanya kepada pewarisnya (laa yuurith). Mereka meriwayatkan daripada Ibrahim b. Maimun daripada al-Hasan b. Muhammad b. Abdullah b. al-Hasan b.Ali a.s beliau berkata: Tidak seorangpun wanita daripada kami mengangkat pandangannya ke langit, lalu mengalir setitik air matanya melainkan ia terkena di atas tengkuk mereka berdua. (Ibid,hlm388.

             Mereka meriwayatkan daripada Qulaib b.Hammad, dia berkata: Aku telah bertanya al-Hasan b.Ibrahim b.Abdullah b.Zaid b. al-Hasan dan al-Husain b. Zaid b. Ali a.s dan beberapa orang Ahl al-bait daripada seorang lelaki daripada para sahabat kami di mana dia tidak menyalahi kami melainkan apabila berakhir kepada Abu Bakr dan Umar, dia memilih tawaqquf dan syak kepada mereka berdua(auqafa-humaa wa syakka fi amri-humma)? Maka semua mereka berkata: Siapa yang mengambil sikap tunggu dan lihat(tawaqquf) tentang mereka berdua, maka dia adalah seorang yang sesat dan kafir (man auqafa-humaa syakkan fi amri-humaa fa-huwa dhaallun kaafir).(Ibid, hlm. 389).

             Mereka meriwayatkan daripada Muhammad b. al-Furat, dia berkata: Fatimah al-Hanafiyyah telah memberitahuku daripada Fatimah binti al-Husain bahawa sesungguhnya beliau memarahi Abu Bakr dan Umar serta mencaci mereka berdua (Inna-haa kaanat tabghudgu Aba Bakr wa Umar wa tasubbu-humaa). Mereka meriwayatkan daripada Umar b. Thabit, dia berkata: Abdullah b. Muhammad b. Aqil b. Abi Talib, beliau berkata: Sesungguhnya Abu Bakr dan Umar telah berlaku adil kepada orang ramai tetapi mereka berdua telah menzalimi kami (‘adalaa fi al-Naas wa zalamaa-naa), maka orang ramai tidak memarahi kami. Sesungguhnya Uthman telah menzalimi kami, dan menzalimi orang ramai (inna Uthman zalama-naa wa zalama al-Naas), lalu mereka memarahinya, kemudian membunuhnya.

             Mereka meriwayatkan daripada al-Qasim b.al-Jundab daripada Anas b. Malik, dia berkata: Ali a.s telah jatuh sakit tenat, aku telah duduk di sisi kepalanya. Maka Rasulullah saw duduk disampingnya bersama orang ramai yang memenuhi rumah. Maka aku pun bangun dari tempat dudukku, maka Rasulullah saw menduduki tempatku. Maka Abu Bakr memberi isyarat mata kepada Umar, maka dia pun berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah saw! Sesungguhnya anda telah menjanjikan kepada kami satu janji, tetapi kami tidak fikir ia akan berlaku. Jika berlaku kepadanya sesuatu, maka kepada siapa? Maka Rasulullah saw berdiam tanpa memberi jawapan kepadanya. Kemudian dia memberi isyarat matanya kepadanya kali kedua, kemudian kali ketiga. Maka Rasulullah s.a.w mengangkat kepalanya, kemudian berkata: Sesungguhnya ini (Ali) tidak mati dari kesakitannya ini, beliau tidak mati sehingga kamu berdua akan membuatnya marah, kamu berdua akan melakukan penipuan, dan kamu berdua akan mendapatimya bersabar. (Ibid, hlm. 389)

             Mereka meriwayatkan daripada Yazid b. Mu‘awiyah al-Bukali berkata: Aku telah mendengar Huzaifah b. al-Yaman berkata: Abu Bakr dilantik, maka dia menikam Islam dengan tikaman yang melemahkannya. Kemudian Umar pula dilantik, maka dia menikam Islam dengan tikaman yang menyelewengkannya (wulliya Abu Bakr fa-ta’ana fi l-Islam ta’natan auhana-hu, thumma wulliya Umar fa-ta’ana fi l-Islam ta’natan maraqa min-hu).

            Di dalam riwayat yang lain, beliau r.a berkata: Abu Bakr memerintah kami, maka dia telah menikam Islam dengan satu tikaman. Kemudian Umar memerintah kami, maka dia meleraikan ikatannya. Kemudian Uthman memerintah kami, maka ia keluar daripadanya di dalam keadaan telanjang.(‘uryaanan)

             Mereka meriwayatkan daripada Abban b.Taghlab daripada Hakam b.Uyainah, dia berkata: Apabila disebut Umar, maka dia melahirkan dukacitanya.Kemudian dia berkata: Dia memanggil Ibn abbas, maka dia meminta pendapatnya bagi memarahi Ali a.s. Mereka meriwayatkan daripada al-A’masy, dia berkata: Apabila wafatnya Nabi saw, tidak ada bagi mereka perkara lain selain dari berkata: Bagi kami seorang Amir dan bagi kamu seorang Amir. Aku tidak fikir bahawa mereka akan bahagia.

Mereka meriwayatkan daripada Mu‘ammar b.Zaidah al-Wasya’, ia berkata: Aku naik saksi kepada al-A’masy sesungguhnya aku telah mendengarnya berkata: Apabila tiba hari kiamat, Abu Bakr dan Umar akan dibawa ke Neraka seperti dua ekor sapi jantan yang menjerit.

             Mereka meriwayatkan daripada sulaiman b. Abi al-Ward, dia berkata: Al-A’masy berkata ketika sakitnya yang membawa kepada kematiannya bahawa beliau bebas daripada mereka berdua dan menamakan mereka berdua. Aku berkata kepada al-Mas‘udi: Namakan mereka berdua? Dia menjawab: Ya, Abu Bakr dan Umar. (Ibid,hlm.390).

             Mereka meriwayatkan daripada Umar b.Zaidah,dia berkata: Kami berada di sisi Habib b.Abi Thabit, sebahagian orang ramai berkata: Abu Bakr adalah lebih baik daripada Ali, lantas Habib menjadi marah,kemudian dia berdiri dan berkata: Demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia. Dan ayat ini diturunkan untuk mereka berdua, Surah al-fath(48): 6 “Mereka berprasangka buruk terhadap Allah.Mereka akan mendapat giliran(kebinasaan)yang amat buruk,lalu Allah memarahi mereka dan melaknati mereka”

             Mereka meriwayatkan daripada Yahya b. al-Musawar daripada Abu al-Jarud,dia berkata: Sesungguhnya bagi Allah A.W dua bandar (madiinataini); bandar di Timur dan bandar di Barat yang sentiasa melaknati Abu Bakr dan Umar.

             Mereka meriwayatkan daripada Ibn Abd al-Rahman, dia berkata: Aku telah mendengar Syarik berkata: Apakah pertalian mereka dengan Fatimah a.s? Demi Allah, mereka berdua telah menyakiti Rasulullah s.a.w di dalam makamnya.

             Mereka meriwayatkan daripada Ibrahim b.Yahya al-Thauri, dia berkata: Aku telah mendengar Syarik pada ketika itu dia sedang ditanya oleh seorang lelaki: Wahai Abu Abdillah! Cinta kepada Abu Bakr dan Umar sunnat? Maka dia berkata kepada seorang lelaki: Pegang kainnya dan keluarkan dia dari sini, kenalilah mukanya dan jangan benarkan dia datang kepadaku lagi, wahai si bodoh! Sekiranya mencintai mereka berdua adalah sunnat, nescaya wajib di atas anda menyebut mereka berdua di dalam solat anda sebagaimana anda berselawat ke atas Muhammad dan aali Muhammad.( Ibid, hlm.391).

                                               Kesimpulan

             Tidak siapapun yang lebih tinggi dan mulia daripada Allah swt. Semua makhluk-Nya sama ada bergelar khalifah, sahabat, tabi‘i, orang biasa seperti kita, dan lain-lain adalah wajib mentaati perintah-Nya. Ketaatan kepada Rasul-Nya adalah ketaatan kepada Allah. Dan ketaatan kepada para Imam a.s adalah ketaatan kepada Rasulullah s.a.w. Sebarang keingkaran kepada perintah-Nya, perintah Rasulullah s.a.w, dan perintah para imam a.s, akan membawa seorang itu kepada kefasikan dan kekufuran.Saya berdoa agar semua muslimin di semua peringkat pada akhirnya akan dimasukkan ke syurga-Nya. Amin.

 

                                            

                                             LAMPIRAN E

                          

      DOA AMIR A L-MUKMININ

 Doa ini dikenali sebagai doa Sanamai Quraysy (Dua Berhala Quraysy). Doa ini dikaitkan dengan Amiru l-Mukminin Ali bin Abi Talib a.s dengan lafaz yang sedikit berbeza di mana beliau membacanya di dalam qunut Subuh. Kemudian dikuti pula oleh para Imam ahlu l-Bait a.s seperti Imam Ja‘far al-Sadiq, Imam Ali al-Ridha a.s dan lain-lain dengan penambahan “ Wahai Tuhanku! Laknatilah pembunuh Amiru l-Mukminin (Allahumma! Il‘an qatalata Amiru l-Mukminin), pembunuh al-Husain bin Ali anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah ”. (al-Majlisi, Bihar al-Anwar, Dar al-Ridha Bairut, 1995, 30 hlm.394-5) Perkataan “Sanamai Quraysy” adalah sindiran kepada dua lelaki yang “disembah” di mana kata-kata mereka ditaati sehingga mengatasi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Mereka menjadikan kata-kata mereka berdua lebih tinggi dari firman Allah dan Sunnah Rasul-Nya di dalam pelaksanaan hukum. Para Imam Ahlu l-Bait a.s khususnya Imam Ali a.s menentang perbuatan mereka berdua sebagaimana terserlah di dalam doa tersebut.

             “Wahai Tuhanku! Laknatilah mereka berdua yang telah menukar agama-Mu (alladhaini baddalaa dina-ka), Mengubah (ghayyaraa) ni‘mat-Mu khilafah), menuduh (ittahamaa bi-rasuli-ka) Rasul-Mu (Saw.) perkara yang bukan-bukan, menyalahi agama-Mu (khaalafaa millata-ka), menghalang dari jalan-Mu (saddaa ‘an sabili-ka), mengingkari nikmat-Mu (kafaraa aalaa-ka), menentang kalam-Mu (raddaa ‘alai-ka kalama-ka), mempersenda-sendakan Rasul-Mu (istahza’aa bi rasuli-ka), membunuh anak lelaki Nabi-Mu (qatalaa ibna nabiyyi-ka), mentahrifkan kitab-Mu (harrafaa kitab-ka).

             Menentang ayat-ayat-Mu (jahadaa ayati-ka), angkuh dari beribadat kepada-Mu (istakbaraa ‘an ‘ibadati-ka), membunuh para wali-Mu (qatalaa auliyaa-ka), menduduki tempat di mana mereka berdua tidak berhak (jalasaa fi majlisin lam yakun llahuma bi-haqqin), membuatkan orang ramai memandang rendah terhadap keluarga Muhammad (hamalaa n-Nasa ‘ala aktafi ali Muhammadin a.s), wahai Tuhanku! Laknatilah mereka berdua laknat yang berterusan (Allahumma il‘an huma la‘nan yatlu ba‘dhu-hu ba ‘dhan). Kumpullah mereka berdua dan pengikut-pengikut mereka berdua ke neraka Jahannam yang membakar (uhsyur-huma wa atba‘a-huma ila Jahannama zurqa). Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kami beraqarrub kepada-Mu dengan melaknati mereka berdua (Allahumma inna nataqarrabu ilai-ka bi-lla‘nati lahuma), dan membersihkan diri daripada mereka berdua di Dunia dan Akhirat(wa l-baraatu lahuma fi d-Dunya wa l-Akhirah). Wahai Tuhanku! Laknatilah pembunuh Amiru l-Mukminin ( Allahumma! Il‘an qatalata Amiru l-Mukminin), pembunuh al-Husain bin Ali anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah(wa qatalata l-Husain bin Ali bin binti rasulillah Saw.). Wahai Tuhanku! Tambahlah kepada mereka berdua azab yang berlipat ganda (Allahumma! Zid-huma ‘azaban fauqa l-‘azab), kehinaan demi kehinaan (hawanan fauqa hawan), kekejian demi kekejian(dhullan fauqa dhullin), keburukan demi keburukan(khizyan fauqa khizyin).

             Wahai Tuhanku! Tolakkanlah mereka berdua ke neraka dengan sekuat-kuatnya (Allahumma! Da‘-huma ila n-Narri da‘‘an). Tolakkanlah mereka berdua kepada penderitaan azab-Mu sepenuhnya (wa r-kus-huma ila n-Nari raksan). Wahai Tuhanku! Kumpullah mereka berdua dan pengikut mereka berdua ke neraka secara berkelompok (Allahumma! Uhsyur-huma wa ataba‘a-huma ila Jahannama zumaran).

             Wahai Tuhanku! Pecahkanlah kesatuan mereka (Allahumma! Farriq jam‘a-hum), hancurkanlah urusan mereka (syattit amra-hum), halangilah penyatuan mereka (khalif baina kalimati-him), pecahlah kumpulan mereka (baddid jama‘ata-hum), laknatilah para imam mereka ( Il‘an a’immata-hum), bunuhlah ketua-ketua dan orang yang mulia mereka (uqtul qadata-hum wa sadaata-hum). Laknatilah pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar mereka (Il‘an ruasa’a-hum wa kubaraa-hum). Hancurlah bendera (kuasa)mereka (iksir rayata-hum), dan campakkanlah kecelakaan di kalangan mereka (alqi l-ba’sa baina-hum). Janganlah Engkau meninggalkan seorangpun daripada mereka ( la tabqi min-hum dayyaran).

             Wahai Tuhanku! Laknatilah “Aba Jahlin” dan “al-Walid” dengan laknat yang berterusan (Allahumma! Il‘an Aba Jahlin wa l-Walid la‘nan yatlu ba‘adhu-hu ba‘dhan). Wahai Tuhanku! Laknatilah mereka berdua dengan laknat yang dilaknati oleh setiap Malaikat yang Muqarrab (Allahumma!Il‘an huma la’nan yal‘anu-huma bi-hi kullu malakin muqarrab), setiap nabi yang diutuskan (kullu nabiyyin mursal), setiap mukmin yang Engkau telah menguji keimanannya (kullu mu‘min amtahanta qalba-hu li l-iman).

             Wahai Tuhanku! Laknatilah mereka berdua dengan laknat di mana ahli neraka memohon perlindungan diri mereka darinya , dan dari azab mereka berdua (Allahumma! Il‘an-huma la‘nan yata‘awwazu min-hu ahlu n-Nari wa min ‘zabi-hima). Wahai Tuhanku! Laknatilah mereka berdua dengan laknat yang tidak terlintas di hati seseorang (Allahumma! ll‘an-huma la‘nan la yakhturu li ahadin bi-balin). Wahai Tuhanku! Engkau laknatilah mereka berdua secara rahsia dan secara terang-terangan (Allahumma! Il‘an-huma fi mustasirri sirri-ka wa zahiri ‘alaniyyati-ka). Azablah mereka berdua dengan sekuat-kuatnya (‘azzib-humaazaban fi t-Taqdir wa fauqa t-Taqdir). Dan azablah bersama mereka berdua, dua anak perempuan mereka berdua (syaarik ma‘a-huma ibnatai-hima), penyokong-penyokong mereka berdua (asyya‘a-huma), pencinta-pencinta mereka berdua (muhibbi-hima), dan mereka yang telah mengikuti mereka berdua (wa man syaya‘a-huma)” (Ibid, 30, hlm. 393-394)


                                   LAMPIRAN F

 

                 DOA IMAM JA‘FAR AL-SADIQ A.S                                      

           “Wahai Tuhanku! Gandakanlah laknat-Mu, kebengisan-Mu, keseksaan-Mu, dan azab-Mu ke atas mereka berdua yang telah mengingkari ni‘mat (khilafah)-Mu (Allahumma! Dha‘if la‘nata-ka, wa ba’sa-ka wa nikala-ka wa ‘azaba-ka ‘ala lladhaini kaffaraa ni‘mata-ka), mengkhianati Rasul-Mu (khaana rasula-ka), membuat tuduhan terhadap Nabi-Mu dan menentangnya (ittahamaa rasula-ka wa baayanaa-hu). Merombak ikatannya pada wasiatnya ( hallaa ‘aqda-hu fi wasiyyati-hi), meninggalkan janjinya pada khalifahnya selepasnya (nabadhaa ‘ahda-hu fi khalifati-hi min ba‘di-hi), mengubah hukum-hukumnya (ghayyaraa ahkama-hu).

             Menukarkan Sunnahnya (baddalaa sunana-hu), memperkecilkan kemampuan hujah-hujah-Mu (saghgharaa qadara hujaji-ka), mulai melakukan kezaliman terhadap mereka (bada’aa bi-zulmi-him), menjalani jalan penipuan ke atas mereka ( tharaqaa thariqa l-ghadari ‘alai-him), menyalahi urusan mereka (al-khilafa ‘an amri-him), melakukan pembunuhan terhadap mereka (al-qatla la-hum), menggalakkan peperangan ke atas mereka (irhaja l-hurubi ‘alai-him), menghalang khalifah-Mu dari menutupi kekurangan (man‘a khalifata-ka min saddi th-thulami), membetulkan yang belot(taqwima l-‘iwaji), membudayakan ilmu (tathqifa l-awadi), menjalankan hukum (imdha’i l-ahkam), menzahirkan agama Islam (izhara d-Dini l-Islam), dan mendirikan hudud al-Qur’an ( iqamata l-hududi l-Qur’an).

Wahai Tuhanku! Laknatilah mereka berdua, anak perempuan mereka berdua (Allahumma ! Il‘an-huma wa ibnatai-hima), setiap mereka yang cenderung kepada mereka ( kulla man mala maila-hum), mengikuti jejak mereka ( hadha hazwa-hum), menjalani jalan mereka ( salaka thariqata-hum), dan mengeluarkan bid‘ah mereka, laknat yang tidak pernah terlintas di hati di mana ahli neraka memohon perlindongan daripadanya (tasaddara bi-bid‘ati-him la‘nan la yakhturu ‘ala balin). Wahai Tuhanku! Laknatilah mereka yang menjadikan pendapat mereka sebagai agama (Il‘ani Llahi man daana bi-qauli-him), mematuhi perintah mereka (ittaba‘a amra-hum), menyeru(orang ramai) kepada wilayah mereka (da‘a ila wilayati-him), dan mengsyaki-Mu tentang kekafiran mereka daripada mereka yang terdahulu dan terkemudian ( wa syakka-ka fi kufri-him mina awwalin wa l-akhirin)” (Ibid, 30, hlm.395-396)

                                                   INDEKS

A                                                           F

            

                                                                 Fadak, 103, 106

Abu Bakr, 29, 34, 36, 42, 43,                     dhimmah,70

45, 47, 49, 72, 80. 81, 105,                       dialog,42, 49, 54, 76

111, 112

Abu Daud,45                                             G

Abu Fadhalah,33

Abu Laila, 33                                            gabenor, 86

Abu Sufyan,79,85,86,88,90                       Ghadir,4,7,9,10,26,28,29,

Abu Zainab,33                                           31,33,44,53,121,131

Ahl alBait,3,4,18,31,42,50,52

75,77,83,93,95                                          H    

Ali bin Abu Talib,12,16,26,39,

54,107,115                                               Harun,10,13,45,50,53,82,92

                                                                 Hasan,4,27,29,31

B                                                   Husain,24,27,31,36,42,46

 

Bani Hasyim,72,78,79,80,87

89                                                             I

al-Barra’ bin Azib,35

Baridah bin Azib,35                                   Imamah,4,7,8,14,16,19,24,26,

                                                                37,39,42,49,54,71,76,94,95,

C

                                                          J

Celaan,14

Cinta,52,66,92                                        Jabalah,35

                                                                 Jabir bin Abdullah,35

D                                                 Jabir bin Samurah,35

 

Daud, 107                                                 K

Dhimmah,70

Dialog,42,49,54,76                                   Kufah,31,94

L                                                         T

Laknat,106,107,110,111                         tauhid,24,60

M

                                                            U

Madinah,28,32,65,82,86

Makkah,69,82,85                                     Uthman,26,34,72,78

Al-Maghazali,37

Munasyadah,28,42,49,54,71

                                                               W

P

                                                             Wasi,12,16,21,25,67

Penyelewengan,73,116                             wazir,29,45,64,68

S                                                         Z

 

Salman,29,37,43,51                                Zaid,31,34,36,37

Sulaim bin Qais,28,35,37,50,52             zakat,8,13,23,28

 

Leave a comment